Thursday, September 14, 2023

SAZAE JAPAN BEKERJASAMA DENGAN BOOMI UNTUK MENANGANI ISU INTEGRASI YANG DIHADAPI OLEH SYARIKAT JEPUN




TOKYO & CHESTERBROOK, Pa., 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan perkongsian baharu dengan Sazae Japan, Inc (“Sazae”), penyedia perkhidmatan perundingan transformasi digital yang terkemuka. Boomi ialah platform integrasi pertama Sazae sebagai rakan niaga perkhidmatan (iPaaS) di Jepun.

Sebagai anak syarikat Jepun bagi Sazae Pty Ltd, Sazae mengekalkan kehadiran yang kukuh di Jepun, Singapura dan Vietnam. Sazae akan menggabungkan platform Boomi kod rendah dan intuitif ke dalam tawaran perkhidmatan perundingan IT huluan yang menyeluruh merentasi semua industri.

Memandangkan permintaan untuk pengkomputeran awan meningkat dalam kalangan syarikat Jepun, iPaaS semakin mendapat perhatian sebagai satu daripada cara untuk mencapai integrasi sistem dalam awan.

Sazae telah terlibat dalam banyak projek global yang memerlukan integrasi antara aplikasi dan sistem merentasi pelbagai negara. Berikutan kejayaan kerjasama dengan Boomi dalam projek ServiceNow, Sazae kagum dengan kemudahan penggunaan, sokongan kitaran pembangunan penuh, kestabilan dan kebolehskalaan platform Boomi.

Perkongsian tersebut pada mulanya akan tertumpu kepada membantu pelanggan Sazae Japan dalam mengintegrasikan sistem pengurusan kandungan, seperti ServiceNow dan Drupal.

“Kami menjangkakan perkongsian dengan Boomi akan membolehkan kami memindahkan infrastruktur data pelanggan sedia ada kami dengan pantas dan cekap ke platform transformasi digital (DX),” kata Ayumu Mizojiri, Pengarah dan Pengasas Sazae Pty Ltd. “Untuk projek global, kami percaya bahawa bekerjasama dengan Boomi, yang mempunyai rekod prestasi terbukti dalam menghapuskan kerumitan dan menyampaikan kelajuan dan kecekapan, akan menjadi tidak ternilai.”

“Memandangkan permintaan untuk iPaaS terus berkembang di Jepun, kami merancang untuk bekerjasama dengan Sazae dalam projek global syarikat tersebut dan membantu pelanggan Sazae menyambungkan data, aplikasi, proses dan individu untuk mencapai hasil perniagaan yang lebih baik dan matlamat transformasi digital syarikat itu,” kata Kazunori Hori, Pengarah Jepun, Boomi.

Sumber Tambahan
• Baca lebih lanjut tentang Kepimpinan Boomi dalam integrasi awan
• Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi
Boomi mempunyai matlamat menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi http://boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17447

No comments:

Post a Comment