Tuesday, September 12, 2023

PAMERAN BERINTERAKTIF ULANG TAHUN KE-30 TVBS - SYARIKAT PENYIARAN TAIWAN BERHASRAT MENJADI HAB MEDIA GLOBAL DAN TEMPATAN YANG TERKEMUKA




TAIPEI, Taiwan, 11 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 TVBS, rangkaian penyiaran Taiwan yang memulakan operasi pada tahun 1993, menandakan ulang tahun tiga dekad syarikat penyiaran tersebut dengan pameran penting yang bertema "TVBS30: Merapatkan Dunia, Memperkasa Taiwan (Bonding the World, Empowering Taiwan)."

Pameran ini menawarkan pandangan retrospektif perjalanan sejarah Taiwan melalui lensa TVBS, membayangkan potensi rangkaian untuk membimbing Taiwan dan komuniti global.

Perasmian pameran berinteraktif ini disertai dengan sidang media pembukaan yang dihadiri oleh Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, Timbalan Perdana Menteri Cheng Wen-tsan dan ramai pegawai tempatan.

Tema utama pameran berinteraktif TVBS30 ini ialah "Merapatkan Dunia, Memperkasa Taiwan (Bonding the World, Empowering Taiwan)." Objektif TVBS ialah untuk berkhidmat sebagai penyambung media yang menghubungkan sfera global dan tempatan melalui gabungan visual, maklumat, naratif, interaktiviti dan teknologi canggih, meletakkan syarikat media tersebut sebagai pemangkin untuk Taiwan dan saluran kepada dunia.

Selepas sidang akhbar itu, ramai pemimpin secara peribadi meneroka kawasan pameran, yang mengintegrasikan aplikasi berinovatif teknologi digital realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) dengan lancar.

Pengalaman pameran yang mengujakan itu membolehkan mereka menyaksikan sendiri rintisan dan inovasi media digital yang diterajui oleh TVBS. Paling mengagumkan, dalam tempoh hanya tiga hari selepas pembukaan, pameran itu berjaya menarik minat hampir 2,500 pengunjung, yang datang dari seluruh Taiwan malah termasuk pelancong luar negara, menunjukkan daya tarikan pameran berinteraktif TVBS30.

Sepanjang tiga dekad yang lalu, TVBS telah berjaya mencapai siri inovasi penting, termasuk merintis model penyiaran berita 24 jam, mentakrifkan semula perhatian segera pelaporan berita, mencetuskan trend panggilan masuk dalam televisyen Taiwan dan melancarkan saluran hiburan pertama Taiwan, dengan demikian membuka era baharu untuk industri maklumat hiburan.

Pencapaian luar biasa ini telah mengukuhkan TVBS sebagai jenama paling utama dalam landskap media Taiwan. Melalui perancangan masa hadapan, TVBS terus komited terhadap tanggungjawab media, dengan menumpukan perhatian kepada pengurusan harta intelek (IP) kandungan, mengembangkan kehadiran berita global dan memainkan peranan penting dalam menghubungkan Taiwan dengan dunia yang lebih luas.

TVBS bercita-cita mahu meneruskan misi "Merapatkan Dunia, Memperkasa Taiwan (Bonding the World, Empowering Taiwan)" dan akhir sekali berhasrat untuk menjadi saluran media utama dalam dunia berbahasa Cina.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53551133/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17439

No comments:

Post a Comment