Monday, August 9, 2021

ZYNGA MEMASUKI PERJANJIAN UNTUK MEMPEROLEH PEMBANGUN PERMAINAN MUDAH ALIH STARLARK, PASUKAN DI SEBALIK FRANCAIS POPULAR, GOLF RIVAL

 


  • Membawa sebuah Pasukan Pembangunan Berbakat dan Francais Popular Baharu ke Zynga
  • Memperluaskan Kehadiran Zynga di Peringkat Antarabangsa dengan sebuah Studio di China
  • Menambahkan Projek Baharu pada Pembangunan Awal
  • Menjangka Pemerolehan akan Dimeterai pada Suku Keempat 2021
     

SAN FRANCISCO, 6 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memasuki ke dalam satu perjanjian muktamad untuk memperoleh StarLark, pembangun bagi permainan golf mudah alih kedua terbesar dan pesat berkembang di dunia, Golf Rival, daripada Betta Games dengan sebanyak $525 juta dalam bentuk tunai dan saham. Pemerolehan ini membawa kepada Zynga sebuah pasukan pembangunan yang berbakat dengan keupayaan yang terbukti untuk mencipta satu kejayaan global dan projek-projek tambahan dalam pembangunan awal. StarLark juga memperluaskan kehadiran Zynga di peringkat antarabangsa dengan mewujudkan sebuah studio yang berpusat di China dengan akses kepada pangkalan bakat kreatif di rantau itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210805005098/en/

Dalam Golf Rival, pemain dari semua tahap kemahiran bersaing dalam perlawanan pemain-lawan-pemain secara tepat masa, termasuk pertandingan berbilang pemain di padang golf yang menakjubkan dengan peralatan yang boleh disesuaikan. Permainan itu telah berkembang pesat untuk menjadi permainan golf mudah alih kedua terbesar di dunia dengan enam juta muat turun pada tahun 2021 sahaja.

“Dengan pengambilalihan Golf Rival, Zynga menjadi tempat kepada sebuah pasukan berbakat dengan keupayaan yang terbukti untuk mewujudkan satu kejayaan di peringkat global, dan pada masa yang sama mengembangkan kehadiran Zynga di peringkat antarabangsa dengan sebuah studio baharu di China,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Golf Rival telah meningkat dengan pesat untuk menjadi permainan golf mudah alih kedua terbesar di dunia, dengan enam juta muat turun pada tahun 2021 sahaja. Bersama-sama, Zynga dan StarLark berada pada kedudukan yang baik untuk mengembangkan Golf Rival dengan lebih pantas bersama dengan tambahan projek-projek baharu dalam pembangunan awal.”

“Saya sangat berbangga dengan pasukan StarLark kerana menjadikan Golf Rival satu hit di seluruh dunia dan kami sangat teruja untuk menyertai Zynga bagi mempercepatkan trajektori pertumbuhan yang luar biasa bagi permainan itu sebagai francais untuk selama-lamanya,” kata Henry You, Pengasas dan Pengurus Besar bagi StarLark. “Perkongsian ini akan menyediakan Zynga dengan akses yang lebih besar kepada kumpulan bakat yang mendalam di China, dan juga memberikan StarLark akses kepada sumber dan kepakaran global di Zynga.”

Zynga akan memperoleh studio pengembangan StarLark dan francais Golf Rival dengan harga kira-kira $525 juta, yang merangkumi kira-kira $315 juta dalam bentuk wang tunai dan kira-kira $210 juta dalam bentuk saham biasa Zynga (diterbitkan pada purata harga penutupan sesaham selama tempoh dagangan tiga puluh hari yang berakhir pada 2 Ogos, 2021). Pertimbangan penutupan akhir akan juga termasuk pelarasan penutupan biasa dan dijangka dimeterai pada suku keempat 2021.

Zynga diberi nasihat oleh White & Case dan Fangda Law. Aream & Co. bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Orrick berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Betta Games di dalam urus niaga ini.

Nota Editor

Visual penting dan aset siaran tersedia untuk digunakan pada pautan berikut:
https://www.dropbox.com/sh/k04y6d41bgrcw7m/AACg-NaEWZDbPEumf0s42qlIa?dl=0

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14844

No comments:

Post a Comment