Friday, August 13, 2021

​SENARAI PEMIMPIN DERMAWAN INDIASPORA 2021 (2021 INDIASPORA PHILANTHROPY LEADERS LIST) MENYOROTI SERATUS PEMIMPIN WARGA INDIA DAN DIASPORA YANG TELAH MENINGGALKAN IMPAK SIGNIFIKAN MELALUI SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KEDERMAWANAN MEREKA

Senarai ini mengiktiraf dan meraikan sifat murah hati penggerak perubahan dari serata dunia yang menjadi inspirasi kepada para dermawan masa hadapan

SAN FRANCISCO dan WASHINGTON, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Indiaspora, sebuah komuniti bukan untung yang terdiri daripada pemimpin India global daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya, mengumumkan senarai mereka hari ini, yang mengiktiraf seratus pemimpin warga India dan diaspora yang telah membawa perubahan melalui pemberian mereka.

“Sesuatu yang memberikan inspirasi apabila dapat melihat begitu ramai dermawan daripada komuniti kita yang mentafsirkan kejayaan mereka menjadi impak sosial,” kata Pengasas Indiaspora, MR Rangaswami. “Pemimpin ini bertindak sebagai contoh tentang kepentingan sifat murah hati dan mengingatkan kita tentang banyak isu yang perlu kita berikan perhatian.”

Dengan bimbingan daripada sembilan orang ahli juri dan menggunakan panduan daripada pelbagai sumber, termasuk kajian yang diiktiraf, senarai yang disahkan sebelum ini, dan dokumen yang dikongsikan secara awam, Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora mengiktiraf pemimpin warga India dan diaspora di serata dunia bagi sumbangan dan penglibatan kedermawanan mereka.

“Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini, dan saya menghargai pertimbangan teliti daripada semua yang terlibat terhadap setiap individu yang tersenarai,” kata Sara Kalim, Pengarah Pembangunan di Somerville College dan merupakan salah seorang ahli juri. “Sebagai seseorang yang bekerja dalam bidang pembangunan, saya melihat sendiri cara kedermawanan mengubah kehidupan orang lain menjadi lebih baik. Senarai ini menekankan tentang kuasa pemberian yang amat hebat.”

Dengan lebih 32 juta orang yang berasal dari India di seluruh dunia, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India, warga India merupakan populasi diaspora terbesar di dunia. Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora merangkumi dermawan dari India dan dari tempat migrasi diaspora yang penting, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Australia. Sesetengah dermawan ini tampil ke hadapan untuk membuat pemberian semasa krisis COVID-19.

​SENARAI PEMIMPIN DERMAWAN INDIASPORA 2021 (2021 INDIASPORA PHILANTHROPY LEADERS LIST) MENYOROTI SERATUS PEMIMPIN WARGA INDIA DAN DIASPORA YANG TELAH MENINGGALKAN IMPAK SIGNIFIKAN MELALUI SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KEDERMAWANAN MEREKA

No comments:

Post a Comment