Friday, August 20, 2021

1,500 PETUGAS BARISAN HADAPAN TERIMA SUMBANGAN MAKANAN TENGAH HARI

 


KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah turun padang bagi menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan melalui wakalah majikan kakitangan Maybank. 

Sumbangan diagihkan pada 13 dan 14 Ogos dengan peruntukkan sebanyak RM19,950 untuk dimanfaatkan kepada 1,500 petugas barisan hadapan di 20 lokasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Penerima sumbangan terdiri daripada petugas-petugas barisan hadapan di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Titiwangsa, Bilik Gerakan COVID Titiwangsa, petugas khas pengurusan jenazah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), serta Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) dan sukarelawan di tanah perkuburan.

Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 kini, pastinya memberi bebanan besar di bahu para petugas barisan hadapan apabila mereka perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dari dijangkiti. Justeru inilah antara sumbangan tambahan yang boleh dilaksanakan bagi menghargai jasa mereka selain bantuan-bantuan yang telah diberikan oleh pihak MAIWP.

Program ini turut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mahadi Sukarno, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Abdul Hakim Amir Osman di lokasi yang berbeza sercara serentak. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14880

No comments:

Post a Comment