Wednesday, August 18, 2021

KERJASAMA ANTARA CENTURY SOFTWARE DAN JITTERBIT BERI BERITA BAIK UNTUK KERAJAAN MALAYSIA

PETALING JAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Century Software (M) Sdn Bhd ("Century Software"), anak syarikat milik penuh Censof Holdings Berhad dan Jitterbit, syarikat transformasi antara muka atur cara aplikasi ("API"), memperkukuh kerjasama mereka dengan memeterai perjanjian untuk terus memajukan teknologi bersama bagi membolehkan agensi kerajaan dan syarikat di Malaysia memperkasa transformasi digital. 

Century Software telah selama beberapa tahun menyediakan penyelesaian pengurusan kewangan dan perniagaan kepada lebih lapan puluh agensi kerajaan dan syarikat dengan menggunakan teknologi API Jitterbit sebagai integrasi atau perisian perantara. Kerjasama Century Software dan Jitterbit telah terjalin beberapa tahun dimana Century Software dilantik sebagai rakan Penyedia Perkhidmatan Terurus, dan juga penjual atau reseller pilihan untuk produk dan penyelesaian Jitterbit. Century Software berjaya menjadi salah satu syarikat terkemuka dalam industri teknologi maklumat dan digital di Malaysia yang pakar dalam penyelesaian perancangan sumber kerajaan. 

API membolehkan interaksi antara data, aplikasi dan peranti. Teknologi ini menyampaikan data dan memudahkan hubungan antara peranti dan program. API juga membolehkan aplikasi berkomunikasi dengan sistem backend

"Teknologi yang kami hasilkan semakin canggih, begitu juga dengan penyelesaian bersepadu kami. Penyelesaian bersepadu ini bermanfaat kerana pelanggan-pelanggan kami mempunyai sistem yang ingin mereka gabungkan,” kata Dr Zainul Ariffin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Century Software. 

“Secara konvensional, integrasi sistem dilakukan dengan membuat skrip fail teks atau melalui cara manual yang lain. Dengan Jitterbit, kami dapat mengintegrasikan sistem pelanggan kami dengan cara yang lebih pantas dan berkesan. Buat masa ini, kami menawarkan penyelesaian bersepadu kepada pelanggan kami sebagai pakej di mana API akan berada dalam masa nyata. Sebilangan besar pelanggan kami, iaitu agensi kerajaan komited untuk menggunakannya,” tambah Dr Zainul.  

Marco Meisert, Pengarah Saluran dan Perikatan, Asia Pasifik, Jitterbit berkata, “Agensi kerajaan di Malaysia mempunyai syarat yang ketat untuk menggunakan penyelesaian Century Software, yang perlu disatukan dengan dengan aplikasi teras yang lain. Platform integrasi Jitterbit yang mudah digunakan ini membolehkan agensi-agensi ini mendapatkan akses data ke masa nyata dan dapat membuat keputusan yang lebih tepat. Selalunya, agensi kerajaan berskala kecil dan mempunyai sebilangan besar aplikasi dan sistem backend yang perlu disatukan. Agensi kerajaan juga mementingkan kos dan penentuan harga kerana mereka mempunyai peruntukkan bajet yang tertentu, yang boleh menjadi cabaran untuk perisian Century. Model harga fleksibel Jitterbit berkeupayaan menangani cabaran ini.” 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kerjasama dan antara muka atur cara aplikasi, layari www.censof.com atau www.jitterbit.com.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14879

No comments:

Post a Comment