Friday, August 13, 2021

CRADLEPOINT MELANCARKAN PORTAL RAKAN KERJASAMA BAHARU UNTUK MENGOPTIMUMKAN PENGLIBATAN DAN PENGERAHAN 5G DAN WAN WAYARLES

Cradlepoint Cascade Meningkatkan Pengalaman Rakan Kerjasama Melalui Papan Pemuka Diperkemas dan Sumber Menyeluruh

MELBOURNE, Australia, 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, peneraju global dalam penyelesaian pinggir rangkaian LTE dan wayarles 5G yang disampaikan awan, hari ini mengumumkan Cradlepoint Cascade, sebuah platform penglibatan baharu untuk program rakan kerjasama yang memenangi anugerah Cradlepoint. Platform ini menawarkan rakan kerjasama saluran pengalaman yang diperkemas untuk melancarkan dan mengewangkan penyelesaian peneraju industri Cradlepoint yang akan membolehkan pelanggan perniagaan memanfaatkan era 5G dan WAN Wayarles.

Cascade menawarkan ahli Program Rakan Kongsi Cradlepoint sebuah platform anggun dan ringkas yang menyediakan pengalaman pandangan tunggal untuk rakan kongsi, berserta koleksi sumber yang menyeluruh untuk membantu dalam menyampaikan pinggir WAN Wayarles yang menyeluruh, selamat, dan ditakrifkan perisian kepada pelanggan. Keupayaan Cascade termasuk:

·Cerapan dan Pengurusan Pelanggan: Rakan kerjasama mempunyai akses penuh kepada data yang penting, termasuk butiran tentang bilangan lesen yang dimiliki oleh setiap pelanggan mereka, bilangan lesen yang digunakan dan lesen yang patuh atau tidak patuh. Rakan kerjasama juga mempunyai cerapan penuh kepada waktu langganan akan tamat tempoh dan waktu lesen perlu dibaharui.

·Sokongan dan Pengurusan Jualan: Pengguna mempunyai akses kepada sumber yang membantu dalam proses jualan, termasuk kolateral produk, butiran teknikal, senarai harga, hubungan utama, dan keupayaan untuk mendaftarkan tawaran.

·Latihan Kelas dunia: Melalui Cascade dan Cradlepoint University, Cradlepoint menawarkan rakan kerjasama pendayaan termasuklah latihan dengan fokus pada penempatan produk, penyelesaian dan kelas teknologi, latihan pembangun dan pensijilan untuk meletakkan rakan kerjasama dalam pasaran. Selain itu, rakan kongsi boleh melabur dalam perjalanan berpandu untuk melatih kakitangan dengan pelan 30, 60 atau 90 hari untuk mempercepat hasil dan meluaskan capaian.

·5G for Enterprise Branch Specialisation: Rakan kerjasama terkemuka yang menjual penyelesaian perniagaan untuk 5G Cradlepoint boleh mencapai 5G for Enterprise Branch Specialisation melalui Cascade, pensijilan yang layak untuk rakan kerjasama yang memenuhi kriteria jualan, teknikal, dan kecekapan perniagaan. 

No comments:

Post a Comment