Friday, August 13, 2021

HILLSTONE NETWORKS MEMPERKENALKAN PENYELESAIAN SD-WAN BERDIRI SENDIRI YANG BAHARU

Penyelesaian SD-WAN Hillstone, dibangunkan di atas Platform Pengurusan Keselamatan Hillstone (HSM) 5.0, menyampaikan pada prestasi aplikasi dan rangkaian, dengan kawalan dan kemudahan bagi automasi dan pengorkestraan terpusat

SANTA CLARA, Calif., 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian perlindungan infrastruktur, hari ini mengeluarkan satu versi khusus bagi penyelesaian rangkaian kawasan luas yang berdefinisi perisian (SD-WAN) sebagai sebahagian daripada keluaran Platform Pengurusan Keselamatan Hillstone (HSM) 5.0 mereka. Penyelesaian SD-WAN berdiri sendiri Hillstone itu menangani peningkatan keperluan bagi lebih banyak lebar jalur, serta ketersediaan rangkaian dan keperluan kualiti yang dipertingkatkan untuk melayani aplikasi kependaman sensitif dengan lebih baik, dan untuk memastikan bahawa tenaga kerja hibrid pada hari ini mempunyai infrastruktur rangkaian yang selamat yang mereka perlukan bagi kekal produktif.
 
Perlumbaan ke awan dipercepatkan oleh pandemik yang sedang berlaku, sebuah tenaga kerja yang semakin hibrid dan bergerak yang menuntut pengalaman pengguna yang berkualiti, serta pengkomputeran pinggir adalah pemacu utama bagi sebuah penyelesaian SD-WAN yang selamat. Hillstone menyampaikan dengan keupayaan SD-WAN termaju yang termasuk:
  • Pengorkestraan dipermudahkan dengan automasi lapisan termaju dan pembekalan sifar sentuhan, yang membolehkan pembekalan peranti dalam penyebaran lapangan dengan tetapan yang telah dikonfigurasi untuk mengurangkan overhed konfigurasi, mempercepatkan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kebolehpercayaan, terutama di dalam penggunaan berskala besar.
  • Kebolehlihatan rangkaian global yang disatukan dengan pemantauan kesihatan dinamik, menyediakan tidak hanya penggera tepat masa melalui webUI, e-mel atau aplikasi sosial, tetapi juga membawa data dan statistik yang dipertingkatkan untuk mengesan kerosakan dan pengoptimuman selanjutnya.
  • Prestasi aplikasi yang dioptimumkan dengan penghalaan pintar dan kesedaran kandungan, meningkat dan mengoptimumkan prestasi aplikasi, memastikan satu pengalaman pengguna yang optimum dengan mengarahkan trafik secara pintar berdasarkan kepada aplikasi atau perkhidmatan, dan polisi yang dikuatkuasakan.
 
“Organisasi pada hari ini masih bergelut dengan cara bagaimana untuk mengimbangkan sokongan dan mendapatkan sebuah tenaga kerja hibrid dengan berlatar-belakangkan potensi peningkatan serangan siber,” kata Tim Liu, Pengasas bersama, dan Ketua Pegawai Teknologi di Hillstone Networks. “Kami mencipta penyelesaian SD-WAN Hillstone dengan keselamatan yang bersepadu sepenuhnya untuk menangani titik kritikal yang dicetuskan oleh keperluan perniagaan dan trend pasaran pada hari ini, dan untuk memastikan bahawa pasukan-pasukan IT dapat menjamin dengan pasti dan cekap keselamatan rangkaian dan aplikasi mereka, dan pada masa yang sama menyampaikan satu pengalaman hebat untuk pengguna akhir mereka.”

Maklumat mengenai Hillstone Networks

Penyelesaian Perlindungan Infrastruktur Hillstone Networks yang terbukti menyediakan kepada perusahaan dan penyedia perkhidmatan dengan kebolehlihatan dan kecerdasan untuk melihat secara komprehensif, betul-betul memahami, dan bertindak pantas terhadap ancaman siber yang berbilang lapisan dan berbilang peringkat. Diiktiraf dengan baik oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh syarikat-syarikat global, Hillstone melindungi daripada pinggir ke awan dengan peningkatan jumlah kos bagi pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.hillstonenet.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14858

No comments:

Post a Comment