Monday, August 30, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) Hasil Prihatin yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diteruskan dengan penyerahan 315 bakul makanan kepada penduduk kawasan Petaling Jaya, Selangor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua bakul makanan tersebut telah disampaikan melalui wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diserahkan pula kepada penerima yang telah dikenal pasti oleh wakil-wakil penduduk berkenaan.

Program ini telah berlangsung di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor. Sumbangan bakul makanan telah diagihkan kepada wakil-wakil penduduk termasuk Encik Wan Mohd Zaid Wan Ismail (Komuniti Flora Damansara), Encik Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Puan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang menekankan konsep prihatin dan sentiasa peka dalam memelihara kebajikan rakyat, sehingga kini Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbang sebanyak 5,370 bakul makanan kepada golongan rentan dan memerlukan. Pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi ke seluruh negara dalam masa terdekat dalam usaha LHDNM memastikan rakyat yang kurang berkemampuan tidak diabaikan.

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

No comments:

Post a Comment