Wednesday, August 11, 2021

SAPURA DRILLING MENGANUGERAHKAN HALLIBURTON DENGAN KONTRAK PEMBINAAN TELAGA LUAR PESISIR

 Pendekatan bersepadu untuk mengurangkan ketidakpastian dan meningkatkan kecekapan dalam projek pembangunan gas utama



HOUSTON, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Halliburton (NYSE: HAL) hari ini mengumumkan bahawa Sapura Drilling, sebuah anak syarikat milik Sapura Energy, telah memberikannya sebuah kontrak bersepadu luar pesisir.

Sapura, dengan Halliburton sebagai rakan teknikal mereka, akan melaksanakan sebuah kontrak Penyiapan Penggerudian Pelantar Bersepadu (i-RDC) untuk program pembinaan telaga enam telaga luar pesisir. Ciri-ciri kontrak bersepadu yang unik itu membuka jalan bagi Halliburton, yang bekerjasama dengan Sapura Drilling dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd, untuk secara sinergi menggunakan platform digital Halliburton 4.0 canggih mereka untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya bagi mencapai satu peningkatan perubahan langkah di dalam kecekapan operasi.

Teknologi digital akan termasuk suite lengkap Program Telaga Digital®, Operasi Telaga Digital dan Automasi Telaga Digital, kesemuanya aplikasi awan DecisionSpace®365. Selaras dengan Halliburton 4.0, ruang lingkup kerja juga termasuk teknologi digital utama daripada rangkaian produk Penggerudian Sperry, Perekat, Mata Gerudi, Baroid, dan Penyiapan. Kempen itu adalah projek bersepadu yang pertama seumpamanya di negara yang menggabungkan perkhidmatan pelantar dengan kesemua aspek perancangan, operasi dan automasi.

Maklumat mengenai Halliburton

Diasaskan pada tahun 1919, Halliburton adalah merupakan satu daripada pembekal terbesar dunia bagi produk dan perkhidmatan untuk industri tenaga. Dengan kira-kira 40,000 orang pekerja, yang mewakili 130 kewarganegaraan di lebih 70 buah negara, syarikat itu membantu pelanggan mereka memaksimumkan nilai di sepanjang kitaran hidup bagi reservoir itu - dari mengesan hidrokarbon dan menguruskan data geologi, sehingga kepada penggerudian dan penilaian pembentukan, pembinaan dan penyiapan telaga, dan mengoptimumkan pengeluaran sepanjang hayat aset itu. Layari laman web syarikat itu di www.halliburton.com. Berhubung dengan Halliburton di FacebookTwitterLinkedInInstagram dan YouTube.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20210810005132/en/

Hubungi

Untuk Pelabur:
Abu Zeya
Perhubungan Pelabur
investors@halliburton.com
281-871-2688

Untuk Media Berita:
William Fitzgerald
Hal Ehwal Luar
pr@halliburton.com
281-871-2601

Sumber: Syarikat Halliburton  

No comments:

Post a Comment