Friday, August 27, 2021

RUBRYC THERAPEUTICS MENGUMUMKAN PEMBIAYAAN EKUITI PILIHAN SIRI A2, KERJASAMA, DAN LESEN RTX-003 DENGAN IBIO, INC.

SAN CARLOS, Calif., 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RubrYc Therapeutics, Inc. (“RubrYc”) dan iBio, Inc. (“iBio”, NYSEA: IBIO) hari ini mengumumkan penutupan bagi Pembiayaan Pilihan Siri A2 RubrYc, dan Perjanjian Lesen dan Kerjasama yang seiring yang ditujukan ke arah penyelidikan, pembangunan, dan pengkomersialan bagi terapeutik antibodi yang bersasarkan epitop. Dengan urus niaga ini, iBio menjadi sebuah pelabur strategik yang penting dengan pelaburan mereka sebanyak $7.5 juta di dalam ekuiti Pilihan Siri A2 RubrYc, dan dengan itu menyertai Third Point Ventures, Paladin Capital Group, Vital Venture Capital, dan Hayan Health Networks di dalam sindiket pelabur Syarikat itu. Selain itu, iBio memperoleh hak eksklusif di seluruh dunia untuk memajukan program utama RubrYc, RTX-003, sebuah antibodi monoklonal yang disasarkan CD25 bagi penyusutan terpilih bagi kawal selia sel T di dalam persekitaran mikro tumor pepejal.

Kerjasama itu akan membolehkan pihak-pihak itu untuk menggabungkan RubrYc Discovery Engine dan kepakaran penemuan antibodi dengan keupayaan iBio sebagai sebuah pemaju bagi biofarmaseutikal generasi seterusnya dan pelopor bagi FastPharming Manufacturing System® yang lestari untuk mencipta terapi baharu bagi pesakit yang memerlukan. Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, RubrYc akan bertanggungjawab bagi penemuan calon ubat yang disasarkan epitop dengan menggunakan Molekul Tereka Bentuk berskala Meso milik RubrYc untuk membawa kempen penemuan antibodi kepada epitop tertentu pada sasaran penyakit yang boleh dipersetujui bersama. iBio akan bekerjasama dalam kempen penemuan dan akan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti praklinikal, klinikal dan pengkomersialan bagi calon-calon ubat terpilih daripada kerjasama itu.

Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, sekiranya iBio membangun dan mengkomersialkan banyak calon yang dihasilkan di dalam kerjasama itu, RubrYc berpeluang untuk menerima lebih dari $84 juta sebagai pembayaran tonggak iaitu pembayaran yang dibuat setelah mencapai objektif yang ditentukan, berkaitan dengan aktiviti penemuan dan pembangunan. RubrYc juga boleh menerima royalti atas penjualan bersih di seluruh dunia bagi setiap produk komersial yang dibangunkan melalui kerjasama tersebut.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan iBio,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif RubrYc, Isaac Bright, MD, “sebuah rakan yang bercita-cita tinggi di mana transformasi strategik mereka adalah selaras dengan visi kami untuk menemui dan mengembangkan terapi yang disasarkan secara epitop secara cekap yang menjanjikan untuk mengungguli molekul duluan yang ditemui secara konvensional. iBio juga merupakan sebuah rakan yang hebat untuk memajukan kempen utama kami, RTX-003, sebuah antibodi monoklonal anti-CD25 yang kami temui yang menunjukkan potensi luar biasa sebagai sebuah penyusut Sel T kawal atur bagi pelbagai petunjuk tumor pepejal.”

“Kami mengharapkan teknologi penemuan antibodi yang mensasarkan epitop RubrYc untuk mendorong kempen serangan sasaran yang berbeza dan mencabar, dan untuk secara berkesan memberikan banyak peluang untuk menemui dan memajukan antibodi epitop yang lebih baik terhadap sasaran onkologi yang dicirikan dengan baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif iBio, Tom Issett yang akan sertai Lembaga Pengarah RubrYc. “RTX-003 adalah sebuah aset yang luar biasa untuk ditambahkan kepada saluran terapeutik kami, dan kami berharap dapat menyiapkan aktiviti yang dibolehkan IND ketika kami terus memperluaskan keupayaan penemuan dan pengembangan kami.”

Maklumat mengenai RubrYc Therapeutics, Inc.

RubrYc Therapeutics, Inc., adalah sebuah syarikat bioteknologi yang menggunakan penyelesaian pembelajaran mesin proprietari dan biologi pengiraan untuk menemui antibodi mono dan bispesifik terpilih epitop. Mendapat inspirasi oleh kemajuan baru-baru ini dalam sintesis perpustakaan molekul, penyaringan dan pengkomputeran selari secara besar-besaran, RubrYc menempa satu jalan baharu untuk penemuan yang dipacu oleh maklumat bagi antibodi terapeutik. RubrYc Therapeutics, Inc. memanfaatkan teknologi Discovery Engine mereka untuk mengenal pasti dengan pantas sebilangan besar antibodi dengan ciri-ciri mengikat yang unik terhadap sasaran yang disahkan dan mencabar. RubrYc keluar dari HealthTell, Inc. pada tahun 2018 untuk memajukan penemuan bioterapeutik, dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal utama yang berkongsi misi mereka untuk memperluaskan pilihan terapeutik dan meningkatkan hasil keputusan bagi pesakit yang memerlukan. RubrYc berpusat di San Carlos, California. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rubryc.com.

Maklumat mengenai iBio, Inc.

iBio adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembuatan biologik berasaskan tumbuhan yang lestari. FastPharming System® mereka menggabungkan pertanian vertikal, hidroponik berautomatik, dan teknologi pengglikosilan baharu untuk membangunkan antibodi monoklonal, vaksin, bioink dan protein lain yang berkualiti tinggi dengan pantas. iBio sedang membangunkan calon ubat proprietari yang termasuk biofarmaseutikal untuk rawatan barah, serta penyakit fibrotik dan berjangkit. Anak syarikat Syarikat itu, iBio CDMO LLC, menyediakan Perkhidmatan Pembangunan dan Pembuatan Kontrak FastPharming bersama dengan Glycaneering Development Services™ untuk reka bentuk protein rekombinan termaju. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ibioinc.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14909

No comments:

Post a Comment