Saturday, August 14, 2021

WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN LHDNM MENGIKUT FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

 KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah seperti di Lampiran A. 


Sila klik di sini untuk waktu operasi kaunter perkhidmatan LHDNM mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)
 
Para pelanggan yang ingin hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM (kecuali kaunter Pusat Bayaran) boleh membuat janji temu secara dalam talian (e-Janji temu) dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut:   

i)   Layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my;
ii)  Klik pada menu ‘Hubungi Kami’; dan
iii) Klik e-Janji Temu. 

Selain itu, para pelanggan juga disyorkan untuk menyemak senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Senarai tersebut boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas 
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.   

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

 
Tarikh: 09 Ogos 2021

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment