Friday, August 13, 2021

FWD TAKAFUL LANCARKAN FWD FLEXICOVER GROUP PLAN UNTUK MENYEDIAKAN PILIHAN PERLINDUNGAN FLEKSIBEL KEPADA PELANGGAN




KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) --
 FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran FWD FlexiCover Group Plan, pelan dalam talian yang menawarkan fleksibiliti untuk memberi pilihan perlindungan yang berbeza. Produk baru ini telah direka untuk melindungi kematian dan pelanggan boleh memilih sama ada pelan hilang upaya penuh & kekal (HUPK) atau pelan penyakit kritikal. Pelanggan juga boleh menyertai kedua-dua pelan untuk perlindungan yang lebih komprehensif.
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, "Di FWD Takaful, kami terus memperkasakan pelanggan kami dengan mencipta pelan mampu milik melalui pendekatan kami yang mengutamakan pelanggan. FWD FlexiCover Group Plan menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan perlindungan apabila setiap peristiwa penting dalam hidup telah dicapai tanpa perlu melakukan pemeriksaan perubatan. Kami berbangga melancarkan satu lagi penyelesaian digital yang dapat membantu pelanggan kami mengawal sepenuhnya jaring keselamatan kewangan mereka dan raikan kehidupan tanpa merasa bimbang."

FWD FlexiCover Group Plan adalah pelan takaful tahunan yang akan diperbaharui secara automatik sehingga orang dilindungi berumur 54 tahun. Bermula dengan sumbangan serendah RM33* setahun, pelan ini akan membayar jumlah dilindungi sepenuhnya apabila orang dilindungi meninggal dunia. Bergantung kepada pelan yang dipilih, jumlah dilindungi juga akan dibayar sekiranya orang dilindungi didiagnosis dengan 36 penyakit kritikal yang ditentukan atau jika HUPK berlaku.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai FWD FlexiCover Group Plan dan manfaatnya, sila layari fwd.com.my/en/direct/group-protect. Untuk nilai tambahan, gunakan kod promo FLEXIYES untuk menikmati potongan 20%* untuk sumbangan tahun pertama. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com untuk maklumat tambahan.
 
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
 

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ditubuhkan di Asia pada tahun 2013 dengan matlamat sebagai perintis, Kumpulan FWD (“FWD”) adalah perniagaan insurans utama kumpulan pelaburan, Pacific Century Group.

Ia adalah unit perniagaan Takaful FWD - yang merangkumi 10 pasaran di Asia termasuk Hong Kong SAR & Macau SAR, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun, Malaysia dan Kemboja; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, pelan perlindungan pekerja, pelan perlindungan Shariah dan Takaful keluarga merentasi beberapa pasarannya.

FWD menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru dan menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD mensasarkan untuk menjadi peneraju insurans Asia yang mengubah pandangan terhadap insurans.Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.
 
Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14870

No comments:

Post a Comment