Friday, August 27, 2021

ANALOG DEVICES MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN KE ATAS MAXIM INTEGRATED

 WILMINGTON, Mass., 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) hari ini mengumumkan penyiapan bagi pemerolehan yang telah diumumkan sebelum ini ke atas Maxim Integrated Products, Inc. (NASDAQ: MXIM). Gabungan itu akan terus mengukuhkan kedudukan ADI sebagai sebuah syarikat semikonduktor analog berprestasi tinggi dengan pendapatan dua belas bulan terakhir melebihi $9 bilion1, margin terkemuka industri, dan aliran tunai bebas melebihi $3 bilion1  pada asas pro forma.


“Hari ini merupakan satu peristiwa penting yang luar biasa bagi ADI dan saya sangat teruja untuk mengalu-alukan pasukan Maxim, yang berkongsi keghairahan kami untuk menyelesaikan masalah teknologi yang paling rumit bagi pelanggan kami,” kata Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Dengan lebih 10,000 orang jurutera dan peningkatan kelebaran dan kedalaman bagi teknologi kami yang terbaik di dalam kelasnya, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan penyelesaian canggih yang lebih lengkap bagi pelanggan kami. Bersama-sama, kami akan memacukan gelombang inovasi semikonduktor analog yang seterusnya, sambil merancang sebuah masa depan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih lestari untuk semua.”

Di bawah syarat-syarat perjanjian muktamad itu, pemegang saham Maxim menerima 0.63 daripada saham biasa ADI bagi setiap saham biasa Maxim. Saham biasa Maxim tidak akan lagi disenaraikan untuk didagangkan di pasaran saham NASDAQ.

Gabungan Ahli Lembaga Pengarah

Sehubungan dengan penutupan urus niaga itu, Tunç Doluca, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxim, dan Mercedes Johnson, bekas Eksekutif Pengasas bagi Avago Technologies, akan menyertai Lembaga Pengarah ADI. Encik Doluca dan Cik Johnson berkhidmat di Lembaga Pengarah Maxim sehingga penutupan urus niaga itu.

Panggilan Persidangan Pelabur Khas dan Siaran Web

ADI merancang untuk mengadakan satu siaran web bagi membincangkan keutamaan peruntukan modal yang akan datang dan gambaran fiskal suku keempat 2021 yang dikemas kini. Siaran web itu dijadualkan bermula sekitar pukul 8:30 pagi Waktu Timur pada 8 September, 2021 dengan Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Prashanth Mahendra-Rajah, Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan, dan Michael Lucarelli, Pengarah Kanan bagi Perhubungan Pelabur.

Siaran web itu dan pembentangan yang mengiringinya boleh diakses secara langsung di internet di laman web Perhubungan Pelabur Analog Devices di investor.analog.com, atau melalui telefon seperti berikut:

Dial Masuk Peserta (domestik & antarabangsa): (833) 423-0297
Kod Laluan Peserta Antarabangsa: 8334230297
*tiada kod laluan diperlukan untuk panggilan dail masuk domestik

Satu putar semula bagi panggilan persidangan itu akan tersedia kira-kira dua jam selepas panggilan itu berakhir dan boleh diakses sehingga tempoh dua minggu, dengan mendail 855-859-2056 dan memasukkan ID persidangan: 7115409.

Kedua-dua siaran akhbar dan versi siaran web yang diarkib akan tersedia di investor.analog.com.

Maklumat mengenai Analog Devices

Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) beroperasi di tengah-tengah ekonomi digital moden, dengan mengubah fenomena dunia nyata menjadi wawasan yang boleh diambil tindakan dengan suite mereka yang komprehensif bagi isyarat analog dan campuran, pengurusan kuasa, frekuensi radio (RF), dan teknologi digital dan sensor. ADI melayani 125,000 pelanggan di seluruh dunia dengan lebih 75,000 produk di pasaran perindustrian, komunikasi, automotif, dan pengguna. ADI beribu pejabat di Wilmington, MA. Layari http://www.analog.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Komunikasi ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan menangani pelbagai perkara, termasuk, sebagai contoh, kenyataan berhubung manfaat yang diharapkan daripada urus niaga itu, kesan yang dijangkakan daripada urus niaga itu terhadap perniagaan organisasi yang digabungkan dan hasil kewangan dan operasi masa depan, jumlah dan masa yang dijangkakan bagi sinergi daripada urus niaga itu. Kenyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai keyakinan, rancangan dan jangkaan ADI, adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah didasarkan kepada jangkaan semasa ADI dan adalah tertakluk kepada beberapa faktor dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mengandungi perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “akan,” “menganggarkan,” “mensasarkan,” dan ungkapan serupa, juga sebagai variasi atau negatif bagi perkataan ini. Faktor-faktor penting dan ketidakpastian berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material dengan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini: ketidakpastian sejauh mana tempohnya, ruang lingkup dan kesan pandemik COVID-19; ketidakpastian politik dan ekonomi, termasuk sebarang kegoyahan di dalam keadaan ekonomi global atau kestabilan bagi pasaran kredit dan kewangan, kemerosotan keyakinan pengguna dan penurunan di dalam perbelanjaan pelanggan; tidak terdapatnya bahan mentah, perkhidmatan, bekalan atau keupayaan pembuatan; perubahan di dalam ruang lingkup geografi atau campuran produk atau pelanggan; perubahan di dalam klasifikasi eksport, peraturan import dan eksport atau duti dan tarif; perubahan di dalam anggaran ADI mengenai jangkaan kadar cukai mereka yang didasarkan kepada undang-undang cukai semasa; keupayaan ADI untuk dengan jayanya mengintegrasikan perniagaan dan teknologi Maxim; risiko bahawa faedah dan sinergi yang diharapkan daripada urus niaga itu dan prospek pertumbuhan bagi syarikat yang digabungkan tidak dapat dicapai sepenuhnya tepat pada masanya, atau sama sekali; keputusan buruk di dalam perkara-perkara litigasi, termasuk potensi bagi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga itu; risiko bahawa ADI tidak akan dapat mengekal dan mengambil pekerja penting; kesukaran atau perbelanjaan yang tidak dijangka yang berkaitan dengan urus niaga itu, tindak balas oleh rakan perniagaan dan pengekalan akibat daripada urus niaga  tersebut; ketidakpastian mengenai nilai jangka panjang bagi saham biasa ADI; dan pengalihan bagi masa pengurusan untuk perkara-perkara yang berkaitan urus niaga. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sila rujuk kepada laporan berkala ADI dan Maxim dan pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk faktor risiko yang terdapat di dalam Laporan Suku Tahun terbaharu ADI dan Maxim pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mewakili jangkaan semasa pihak pengurusan dan sememangnya tidak pasti dan dibuat hanya setakat tarikh itu. Kecuali sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang, ADI tidak berjanji atau bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada berikutan terdapatnya maklumat baharu atau untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan selepasnya atau sebaliknya.

(ADI-WEB)
________________________________
Berdasarkan pada dua belas bulan terakhir yang berakhir pada 31 Julai, 2021 bagi Analog Devices dan dua belas bulan terakhir yang berakhir pada 26 Jun, 2021 untuk Maxim. Aliran tunai bebas ditakrifkan sebagai tunai bersih yang disediakan oleh aktiviti operasi, yang ditentukan bersesuaian dengan GAAP, ditolak penambahan kepada hartanah, kilang dan peralatan, bersih.


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210826005486/en/

Hubungi

Hubungan bagi ADI
Hubungan Pelabur:
Encik Michael Lucarelli
781-461-3282
investor.relations@analog.com

Hubungan Media:
Cik Brittany Stone
917-935-1456
Brittany.Stone@teneo.com


Sumber : Analog Devices, Inc.

No comments:

Post a Comment