Tuesday, August 3, 2021

ZOO MELAKA MENERIMA SUMBANGAN BERUPA BEKALAN PERUBATAN DARIPADA FUSIONEX






PETALING JAYA, Malaysia, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Zoo Melaka menerima sumbangan yang sangat diperlukan apabila pemimpin teknologi data Fusionex menyumbangkan bekalan perubatan bernilai RM10,000.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210801005020/en/

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diperketatkan yang dikuatkuasakan oleh PKP 3.0, yang merangkumi sekatan pergerakan dan penutupan mandatori bagi kebanyakan perniagaan, menyaksikan zoo itu berada dalam situasi kewangan yang sukar kerana ia bergantung kepada penjualan tiket, pakej keahlian dan pembelian di zoo sebagai sumber utama bagi dana. Pada masa ini, Zoo Melaka masih ditutup untuk memastikan keselamatan kakitangan, sukarelawan, tetamu dan haiwan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Fusionex di atas sumbangan mereka kerana ia akan membantu Zoo Melaka menghadapi detik yang tidak menentu ini. Kami juga ingin menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga kami kepada semua penderma di atas sokongan mereka dalam membantu usaha pemuliharaan kami. Sumbangan anda adalah sangat penting untuk memastikan kesejahteraan haiwan kami,” kata seorang wakil Zoo Melaka.

Sebelum ini, Zoo Melaka telah mengemukakan satu rayuan bagi sumbangan untuk mengekalkan kos senggaraan bulanan mereka, yang termasuk perbelanjaan operasi, kos perubatan, dan keperluan pemakanan bagi 600 haiwan yang menghuni di zoo itu.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fusionex, yang merupakan satu inisiatif berterusan untuk menyokong pelbagai organisasi kebajikan dan masyarakat rentan.

“Kami sangat terharu dengan dedikasi berterusan yang ditunjukkan oleh Zoo Melaka dalam mewujudkan habitat semula jadi dan menjaga kebajikan haiwan mereka. Usaha pemuliharaan mereka dalam mencegah kepupusan banyak daripada spesies rentan dan terancam, yang tidak pernah menjadi tugas yang mudah, wajar dihormati dan diperakui oleh kita semua. Kami sangat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan, walaupun kecil, kepada Zoo Melaka kerana jelas mereka sangat memerlukan sokongan dan kepositifan, terutama pada masa yang mencabar ini. Kami berharap lebih ramai orang akan mendapat inspirasi untuk sama-sama menyumbangkan apa sahaja yang mereka dapat bagi membantu menyelamatkan zoo itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh.

Dibina pada tahun 1963, Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia dan menempatkan 150 spesies haiwan dari seluruh dunia. Ia juga berfungsi sebagai sebuah pusat pemuliharaan, penyelidikan dan pendidikan.

Untuk mengetahui cara bagaimana anda boleh menyumbang, sila layari laman web Zoo Melaka di www.zoomelaka.gov.my. Untuk pertanyaan, anda boleh menghubungi mereka di talian + 606-2323900 atau e-mel zoomelakasales@gmail.com.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data.

Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga sebuah syarikat MDEC Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global (GAIN) dan juga sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14825


No comments:

Post a Comment