Tuesday, July 16, 2019

WAKIL JENAMA-JENAMA YANG PALING DISUKAI DI ASIA BAGI GELOMBANG KOREA 2019 DIUMUMKAN

SEOUL, Korea Selatan, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jawatankuasa Pemilihan BRANDSTARS telah mengumumkan wakil jenama-jenama yang utama bagi gelombang Korea 2019.

Jawatankuasa itu telah memilih jenama-jenama Korea yang terbaik yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan kualiti yang baik untuk pengguna dan mengumumkannya serentak merentasi saluran-saluran media utama di Asia, untuk memberikan maklumat yang tepat dan kepuasan kepada orang asing yang mencintai gelombang Korea.

Garosu-gil di Gangnam, Seoul dan Pulau Jeju telah dipilih sebagai wakil di dalam kategori pelancongan. Di dalam kategori industri, Samsung GalaxyHyundai Genesis, mesin basuh LG TROMM, dan Bacchus dari Dong-A Pharmaceutical mendahului yang lain.

Gedung Serbaneka Lotte  dan The Shilla Duty Free telah dipilih untuk kategori membeli-belah. Bagi wakil jenama hiburan, BTS, satu kumpulan pop lelaki yang sangat popular di kalangan penggemar gelombang Korea antarabangsa, Parasite (kategori filem) yang memenangi Palm d'Or di Cannes pada tahun ini, dan SkyWaterShow (kategori konsert dan pertunjukan) telah dipilih.

Amorepacific Sulwhasoo, LG Household dan Health Care The History of WhooJUNGSAEMMOOL Beauty, jenama estetik yang menyembuhkan derma dari  DNCOMPANY Esthemed, dan jenama  kosmeseutikal utama BELLANEZ De medicotem kesemuanya telah mengambil tumpuan di dalam kategori K-Kecantikan.

Olive Young di dalam kategori kesihatan dan kedai kecantikan, LG Pra.L di dalam peranti kecantikan rumah, dan KLINIK DIMARE di dalam kategori klinik muka telah masing-masing dipilih.

Jenama ginseng merah CheongKwanJang, satu daripada jenama makanan fungsian kesihatan Korea yang terkemuka, dan syarikat makanan fungsian kesihatan Frombio telah dipilih untuk kategori penjagaan kesihatan. Jenama yang paling menjadi pilihan di kalangan peminat gelombang Korea di dalam pembedahan plastik, Klinik Pembedahan Plastik BANOBAGI, dan Pusat Perubatan Samsungdalam kategori pemeriksaan kesihatan yang komprehensif masing-masing telah mendahului. 

No comments:

Post a Comment