Wednesday, July 3, 2019

CYRUSONE MEMULAKAN USAHA BAHARU DALAM PUSAT DATA KETIGA DI FRANKFURT

DALLAS, 3 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CyrusOne Inc. (NASDAQ: CONE), sebuah amanah pelaburan hartanah (REIT) global yang terkemuka, mengumumkan bahawa ia telah memulakan usaha baharu dalam fasa pertama bagi lokasi pusat data terbaharu mereka di Frankfurt, Jerman.

Kemudahan itu adalah yang ketiga oleh CyrusOne di daerah Sossenheim di bandar raya itu, dengan menawarkan kepada penyedia awan, penyepadu sistem dan perbadanan multinasional dengan penyelesaian pusat data yang disesuaikan, selamat dan berdaya tahan di dalam sebuah hab perniagaan utama.

Setelah siap nanti, yang dijangka pada suku kedua tahun 2020, tapak itu akan mengandungi dua bangunan empat tingkat yang berkedudukan bersebelahan, yang menyampaikan 22 MW kuasa IT kepada 11,500 meter persegi ruang teknikal yang bertaraf dunia. Penyejukan udara adiabatik tak langsung di setiap dewan data akan memastikan Kecekapan Penggunaan Kuasa yang sangat rendah (PUE).

“Frankfurt adalah satu daripada lokasi yang paling pesat berkembang dan paling strategik untuk CyrusOne disebabkan oleh kekuatan ekonomi dan kehampirannya dengan satu daripada pusat kewangan Eropah yang paling penting,” kata Tesh Durvasula, Presiden Eropah, CyrusOne. “Ini akan menandakan kemudahan pengembangan ketiga kami di Frankfurt dan saya menjangkakan ia akan secara berkesan dipajak terlebih dahulu sebelum kami melengkapkan pembinaan pada tahun depan.”

“Permintaan yang kami lihat dari skala hiper Amerika Syarikat di Eropah adalah amat besar dan kami melihat ia mempercepat dengan ketara. Perkembangan ini, bersama-sama dengan usaha pengembangan kami yang lain di Dublin, Amsterdam dan London menegaskan cita-cita kami untuk menjadi satu-satunya penyedia pusat data berskala hiper di Eropah. Saya menjangka perniagaan Eropah kami akan berkembang untuk menjadi kira-kira 20 peratus daripada jumlah pendapatan CyrusOne dalam tempoh dua tahun.”

Garis masa pembinaan yang pesat itu untuk pusat data Frankfurt III dimungkinkan oleh pengalaman meluas oleh CyrusOne dalam membina lebih daripada 45 pusat data di seluruh dunia. CyrusOne menggunakan satu kaedah pembinaan modular dan akan bekerja rapat dengan rakan-rakan bernilai termasuk Mercury dan Klein Architekten.

Safe Harbor

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan berhubung keputusan yang dijangkakan dan peristiwa pada masa hadapan yang tertakluk kepada peruntukan “safe harbor” bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Semua kenyataan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini, selain daripada kenyataan yang berbentuk sejarah, harus dianggap sebagai kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk, tanpa batasan, kenyataan tentang rancangan, objektif, harapan dan hasrat CyrusOne, dan apa-apa kenyataan tentang andaian yang mendasari mana-mana yang disebut di atas. Kenyataan-kenyataan ini adalah didasarkan kepada jangkaan, anggaran, ramalan dan unjuran semasa mengenai industri dan pasaran di mana kami dan pelanggan kami beroperasi dan keyakinan, pendapat dan anggapan semasa bagi pengurusan kami. Kata-kata seperti “menjangka,” “menduga,” “meramalkan,” “projek,” "bermaksud,” “merancang,” “percaya,” “mencari,” “menganggarkan,” “meneruskan,” “berikhtiar,” “berusaha,” “mungkin,” “akan,” “seharusnya,” “boleh,” atau unsur negatif daripada istilah-istilah ini atau variasi lain bagi perkataan sedemikian dan ungkapan yang membawa maksud yang sama, bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Di samping itu, sebarang kenyataan yang merujuk kepada unjuran bagi prestasi kewangan atau operasi untuk masa hadapan kami, jangkaan pertumbuhan kami dan trend yang dijangkakan dalam industri, perniagaan dan pasaran kami dan pelanggan kami, atau ciri-ciri lain berhubung peristiwa atau keadaan pada masa hadapan, adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Pembaca diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu adalah didasarkan kepada jangkaan dan andaian semasa oleh pihak pengurusan dan tertakluk kepada banyak faktor, risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza secara material dan terjejas daripada yang dinyatakan atau tersirat di dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keupayaan Syarikat itu untuk berjaya membangunkan tapak Frankfurt III dan melaksana dan mengintegrasikan inisiatif pengembangan dan pembangunan mereka yang lebih meluas di Eropah. Maklumat lanjut tentang faktor-faktor, risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan atau menyumbang kepada perbezaan tersebut telah dimasukkan di dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk di dalam bahagian “Faktor-faktor Risiko” dan “Perbincangan & Analisis Pengurusan” dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K dan di dalam laporan 10-Q kami yang berikutnya dan pemfailan lain dengan SEC. Sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini adalah yang berkaitan hanya pada tarikh siaran ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada sebagai hasil daripada maklumat baharu, perubahan di dalam keadaan, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Maklumat mengenai CyrusOne

CyrusOne (NASDAQ: CONE) adalah sebuah amanah pelaburan hartanah (REIT) pertumbuhan tinggi yang mengkhususkan diri dalam hartanah pusat data neutral pembawa, kelas perusahaan yang sangat dipercayai. Syarikat itu menyediakan kemudahan pusat data misi kritikal yang melindungi dan memastikan operasi infrastruktur IT yang berterusan untuk kira-kira 1,000 pelanggan, termasuk lebih daripada 210 syarikat Fortune 1000.

Dengan satu rekod pencapaian yang memenuhi dan melepasi tuntutan kelajuan ke pasaran yang agresif bagi penyedia awan yang berskala hiper, serta keperluan infrastruktur IT yang mengembang bagi perusahaan, CyrusOne menyediakan kelenturan, kebolehpercayaan, keselamatan, dan kesambungan yang merangsangkan pertumbuhan perniagaan. CyrusOne menawarkan satu platform khusus yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan dan komited kepada ketelusan penuh di dalam penyampaian komunikasi, pengurusan, dan perkhidmatan di lebih dari 45 pusat data mereka di seluruh dunia. Maklumat tambahan mengenai CyrusOne boleh diperolehi di www.CyrusOne.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190702005470/en/

Hubungi

Allison+Partners 
Martina Muller / Sophie Koenigsberger 
CyrusOneGermany@allisonpr.com 
Telefon: + 49 (0)89 388 892 014

Sumber : CyrusOne Inc.

No comments:

Post a Comment