Thursday, July 4, 2019

HANKYU HANSHIN HOLDINGS GROUP MENCEBURI PERNIAGAAN PENGURUSAN HARTA KOMERSIAL LUAR NEGERI DENGAN KEPENTINGAN DI DALAM BANGUNAN-BANGUNAN MERCU TANDA JAKARTA

OSAKA, Jepun, 4 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hankyu Hanshin Properties Corp. (“Hankyu Hanshin Properties”), sebuah anak syarikat milik 100% Hankyu Hanshin Holdings, Inc. (“Hankyu Hanshin Holdings”), sedang memasuki perniagaan pajakan hartanah komersial luar negeri dengan pengambilalihan separa bagi dua hartanah di Indonesia. Hartanah itu, Plaza Indonesia Complex dan fX Sudirman, kedua-duanya adalah merupakan bangunan serbaguna mercu tanda di Jakarta, dan Hankyu Hanshin Properties menjadi pemilik separa yang bermanfaat pada 24 Jun melalui pengambilalihan saham di dalam entiti tempatan yang memegang aset tersebut.
 
Jakarta adalah merupakan satu daripada bandar raya global yang utama di Asia Tenggara dan hartanahnya terletak di jalan besar utama di daerah perniagaan pusat Jakarta di kedudukan utama di sebelah stesen di MRT Talian Utara-Selatan, sistem kereta api bawah tanah yang pertama di Indonesia, yang dibuka pada April 2019. Pengurusan bagi hartanah itu akan dilaksanakan bersama dengan Bumi Serpong Damai (“BSD”), sebuah anak syarikat bagi pemaju hartanah utama Indonesia, Sinarmas Land, dan pihak-pihak lain. BSD mempunyai pengalaman terdahulu yang luas dengan pembangunan komersial, pejabat dan hartanah lain yang berskala besar di sekitar Jakarta, termasuk pembangunan Bandar Raya Bumi Serpong Damai.
 
Hankyu Hanshin Properties telah melabur di dalam kondominium kediaman di luar Jepun sejak tahun 2015, dan pada masa ini mempunyai satu portfolio yang terdiri daripada lebih 26,000 unit di lima buah negara Asia Tenggara. Syarikat itu berhasrat untuk membina di atas pengalaman mereka di dalam hartanah kediaman dan meneruskan pembangunan hartanah dan perniagaan pajakan selanjutnya di luar Jepun.
 
Maklumat mengenai Hankyu Hanshin Holdings, Inc.
 
Hankyu Hanshin Holdings, Inc. telah dibentuk pada Oktober 2006 daripada penggabungan Hankyu Holdings dengan Hanshin Electric Railway. Berpusat di wilayah Kansai, Jepun, syarikat itu menjalankan operasi di dalam tujuh bidang perniagaan teras: pengangkutan bandar, hartanah, hiburan, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan, pengangkutan antarabangsa dan hotel.
 
Maklumat mengenai Hankyu Hanshin Properties Corp.
 
Hankyu Hanshin Properties Corp mempunyai perniagaan pembangunan dan pemajakan hartanah yang luas, berpusat pada lokasi bersebelahan dengan rangkaian kereta api di Osaka, terutamanya di Umeda dan di sepanjang landasan Hankyu dan Hanshin yang berkaitan. Syarikat itu mempunyai pengalaman yang mendalam di dalam mengendalikan hartanah dan mengoptimumkan pendapatan pajakan, dan memanfaatkan kepakaran dan sumber mereka untuk mengembangkan perniagaan di pasaran baharu seperti kawasan metropolitan Tokyo dan negara-negara di luar Jepun.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190703005587/en/
 
Hubungi
 
Hubungan media: 
Ashton Consulting +81-3-5425-7220 
Daniel Fath (d.fath@ashton.jp) / Mika Chuma (m.chuma@ashton.jp)
 
Sumber : Hankyu Hanshin Properties Corp.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment