Tuesday, July 9, 2019

MARY KAY INC. MENAJA KONVENSYEN BESAR TAHUNAN KE-34 PERSATUAN ALUMNI PERUBATAN BAGI AMERIKA UNIVERSITY OF THE PHILIPPINES

Penajaan itu menandakan yang terbaharu di dalam satu siri perkongsian di antara jenama kecantikan global itu dan komuniti saintifik dan akademik

DALLAS, 8 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah inovator penjagaan kulit yang terkemuka, telah meneruskan komitmen mereka yang berdekad lamanya kepada sains menerusi penajaan mereka ke atas Konvensyen Besar Tahunan ke-34 (AGC) Persatuan Alumni Perubatan bagi Amerika University of the Philippines (UPMASA) di Dallas. Persidangan itu, yang diadakan di Fairmont Hotel dari 2 Julai hingga 6 Julai, telah mengumpulkan lebih daripada 500 orang doktor dari Amerika Syarikat dan Filipina untuk membincangkan topik-topik yang mencakupi dari dermatologi kepada ortopedik dan neurologi.

UPMASA adalah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan bantuan penjagaan kesihatan dan menyokong pendidikan perubatan di Filipina. Dengan 20 cawangan dan satu pangkalan keahlian yang melebihi 2,000 orang doktor perubatan yang kebanyakannya berada di Amerika Syarikat dan di Filipina, ahli-ahli termasuk mereka yang berada di dalam amalan klinikal, penyelidikan, pendidikan perubatan akademik dan usaha komuniti.

“Kami amat berbesar hati bagi menghadiri dan menaja acara-acara seperti konvensyen tahunan UPMASA untuk memajukan teknologi dan pendidikan di dalam aspek kesihatan dan penjagaan kulit,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay. “Kami teruja bahawa penajaan kami akan juga membantu usaha kemanusiaan Cawangan UPMASA Texas, dengan memberi manfaat kepada Pusat Advokasi Kanak-kanak Daerah Johnson dan Kelab Lelaki dan Perempuan Dallas.”

UPMASA menyokong aktiviti bersifat dermawan dari Kolej Perubatan University of the Philippines (UPCM) dan Hospital Umum Filipina (PGH). Organisasi itu membantu Projek Cesium bagi Institut Kanser PGH dengan menyediakan bekalan perubatan untuk merawat pesakit kanser yang miskin.

Di Konvensyen Besar itu, Mary Kay juga menganjurkan satu pameran yang menampilkan TimeWise® Miracle Set 3D® mereka dan melihat kepada sains di sebalik produk kecantikan mereka.

“Penajaan bermurah hati oleh Mary Kay itu membolehkan UPMASA untuk meneruskan sokongan mereka terhadap pendidikan penjagaan kesihatan dan perubatan di kedua-dua Filipina dan Amerika Utara,” kata Dr. Ponciano Cruz, Pengerusi UPMASA AGC. “Ia juga membantu kami untuk meneruskan aktiviti bersifat dermawan seperti pembiayaan fakulti, biasiswa pelajar perubatan, dan infrastruktur dan peralatan fizikal melalui Hospital Umum Filipina.”

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12322

No comments:

Post a Comment