Wednesday, July 31, 2019

BLOK RANTAI E-DAGANG SENTRIK ABEY MENGUMUMKAN PENERIMAAN YANG MENGEJUTKAN

Infografik menunjukkan pertumbuhan pantas blok rantai e-dagang sentrik aBey dalam tahun pertama pengeluarannya. (Foto: Business Wire)


VADUZ, Lichtenstein, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 30 Julai 2019 - Yayasan aBey hari ini mengumumkan kadar penerimaan bagi blok rantai pantas e-dagang sentrik yang pertama di dunia, pada ulang tahun satu tahun pengeluaran awam mereka. Dr. Ciprian Pungila, ketua saintis dan pencipta bersama bagi aBey berkata, “Sejak pelancaran awam bagi aBey pada 30 Julai, 2018, kami telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif dalam tempoh dua belas bulan pertama pada tarikh itu. Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan satu faktor lebih daripada lapan kali ganda.”

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005775/en/

Pengendali awal utama, aPay Systems, yang berpangkalan di Malta, sebuah pemproses pembayaran dalam talian yang bervolum tinggi, telah memilih blok rantai aBey sebagai asas sokongan bagi perkhidmatan syarikat itu. Philipp Saurborn, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Sebagai sebuah pemproses pembayaran dengan pengendalian antara rantaian dan sehingga 100,000 urus niaga setiap saat, pengguna B2B dan B2C kami memerlukan penyelesaian urus niaga yang pantas. Sebelum kami beralih kepada blok rantai aBey, urus niaga yang ditulis kepada blok rantai yang popular akan memerlukan beberapa jam, dan mungkin sehingga beberapa hari untuk diselesaikan. Sekarang, dengan aBey, kami boleh melengkapkan setiap urus niaga tunggal dalam masa milisaat. Tidak ada blok rantai yang lain di dunia yang dapat memberikan kelajuan dan kelenturan sedemikian, yang diperlukan oleh perniagaan dan pengguna.”

Encik Saurborn berkata, “Satu daripada model pendapatan hebat pada masa hadapan bagi mana-mana syarikat yang bergantung kepada penyediaan data berkualiti adalah untuk memberi ganjaran kepada pengguna kerana menyediakan data secara sukarela, dan bagi berinteraksi pada platform mereka. Blok rantai aBey membolehkan peruncit untuk memberi ganjaran kepada pembeli kerana menyediakan data, untuk berkongsi, untuk melengkapkan tinjauan, untuk menggunakan tawaran, untuk rujukan, pengundian, membandingkan, mengkaji semula, menyukai, mempromosikan, menguji, menggunakan — kemungkinannya tiada had dengan aBey. Blok rantai aBey memberi kuasa kepada peruncit untuk menarik, mengekal dan memotivasikan pelanggan mereka dan pada masa yang sama membina hubungan yang amanah, yang semuanya adalah kunci untuk penukaran dan pengekalan.”

Ciri-ciri utama aBey termasuk kelajuan, menyokong sehingga 100,000 urus niaga sesaat (disahkan dalam SpringerNature dan Academia.edu), urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman segera dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantai dan satu dompet kripto yang mudah. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti blok rantai yang lain, sekali gus meningkatkan lagi penemuan pengguna bagi pengguna tanpa izin yang lain dalam rangkaian mereka. Plugin WordPress yang mempunyai pelbagai ciri-ciri, aBeyWPP, akan dikeluarkan pada awal tahun 2020, dan membawa fungsi status urus niaga klik-untuk-beli kepada lebih daripada 75 juta laman web.

Encik Saurborn berkata, “Mengintegrasikan teknologi blok rantai eBey yang tidak memerlukan keizinan dan lejar yang diedarkan ke dalam perkhidmatan blok rantai aPay kami yang memerlukan keizinan bermaksud ketenangan fikiran untuk kami, pelanggan dan pengawal selia.”

“aBey direka bentuk dan dibina untuk menjadi blok rantai sumber terbuka yang paling pantas dan paling fleksibel di dunia,” kata Pungila. “Kami melihat penerimaan yang hebat, dan kami tidak sabar untuk melihat aplikasi lain yang akan dibina dengan menggunakan aBey.”

Yayasan aBey yang tidak mencari keuntungan, yang berpusat di Lichtenstein, menyediakan tadbir urus untuk blok rantai aBey  sumber terbuka percuma. http://abey.org

Sila muat turun kit latar belakang media aBey dalam bahasa Inggeris http://bit.ly/abey3  atau bahasa Cina http://bit.ly/abey5  dan layari  http://abey.com

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190729005775/en/

Hubungi

Simon Cousins, +1 347 850-3360

Sumber: Yayasan aBey

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment