Friday, July 19, 2019

"JELAJAH SEKITAR FUJIAN, SENTIASA DIRAHMATI" - SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG HEBAT, ZHANGZHOU YANG BERWARNA-WARNI

ZHANGZHOU, China, 18 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Zhangzhou yang terletak di Segi tiga Fujian Selatan, merupakan bandar utama di sepanjang Jalur dan Jalan, dan tempat kelahiran nenek moyang terkenal dalam kalangan rakan senegara China dan Taiwan di luar negara. Dikenali sebagai salah satu tapak warisan budaya dunia, satu daripada bandar bersejarah dan budaya China yang terkenal dan merupakan antara bandar pelancongan utama di China, dan Kota Air Panas, Zhangzhou merupakan puncak kecemerlangan landskap pelancongan China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zhangzhou telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelancongan secara holistik dan sentiasa memanfaatkan jenama Zhangzhou yang cantik, sekali gus menjadikan ekonomi pelancongannya berkembang pesat.

Terdapat tiga keajaiban dunia di Zhangzhou.

Yang pertama ialah warisan budaya dunia yang ketara -- Tulou (Kastil Tanah) di daerah-daerah Nanjing dan Hua'an, yang bukan sahaja bersejarah, bahkan turut menyaksikan perubahan besar yang berlaku di Zhangzhou.

Kluster Nanjing Tianluokeng Tulou, seni bina Fujian Tulou yang ikonik, terdiri daripada satu kastil persegi, satu bujur dan tiga benteng tanah bulat. Ia kelihatan seperti bunga buah plum mekar penuh pada pandangan dari udara. Dari kaki bukit, ia juga kelihatan seperti Istana Potala yang mengagumkan di atas gunung. Bandar Purba Yun Shui Yao juga terletak di Daerah Nanjing. Ia terkenal di dalam dan di luar negara hasil daripada filem The Knot, atau Yun Shui Yao dalam bahasa Cina. Di kawasan yang indah di Yun Shui Yao, terdapat tapak warisan budaya dunia, seperti Binaan Hegui, Binaan Huaiyuan, pohon banyan kuno terbesar paling padat di Wilayah Fujian, sebuah jalan berabad-abad lamanya, jalan kuno yang berusia seribu tahun, dan gunung-ganang suci dan air yang bersih - semua ini seolah-olah terbentang secara tersusun. Binaan Hua'an Eryi adalah karya seni yang tidak ada kesudahannya antara binaan-binaan individu daripada tanah. Ia digelar Raja Tulou, hasil daripada reka bentuk saintifiknya, struktur unik, hiasan kayu yang indah dan ukiran batu, lukisan dinding yang cantik dan persekitaran geografi yang indah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12356

No comments:

Post a Comment