Tuesday, July 16, 2019

OUR TOY STORIES @ HARBOUR CITY

Meraikan pengeluaran “Toy Story 4” oleh Disney dan Pixar’s dengan Karnival Berskala Besar di Hong Kong
 
HONG KONG, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika “Toy Story 4”keluaran Disney dan Pixar’s sedang dipaparkan di skrin-skrin besar di seluruh dunia pada musim panas ini, Harbour City, pusat membeli-belah terbesar di Hong Kong, akan bergabung tenaga dengan Disney untuk menjelmakan filem itu seakan ia hidup dari sekarang sehingga 4 Ogos, 2019! Diilhamkan oleh filem itu, Harbour City telah berubah menjadi sebuah karnival yang bertemakan “Toy Story” dengan pelbagai permainan dan cabaran di Ocean Terminal Forecourt yang terletak bersebelahan dengan Star Ferry Pier dan Ocean Terminal Deck dengan pemandangan Victoria Harbour yang menakjubkan, di mana peminat dapat bermain dengan Woody dan geng di bawah pemandangan Pelabuhan & Matahari Terbenam yang terbaik di Hong Kong!
 
Di samping itu, peminat boleh mengalami aktiviti lain yang menyeronokkan dan mendalam di seluruh pusat membeli-belah itu termasuk pameran The Art of Toy Story 4, bengkel kanak-kanak, kedai pop timbul “Toy Story 4”, bersama-sama dengan sebuah kedai pop timbul pencuci mulut bertemakan “Toy Story” dan sebuah kawasan khas Foto Ria Percikan Musim Panas yang disampaikan oleh Disneyland Hong Kong. Pelawat juga boleh mendaftar di pass.harbourcity.com.hk untuk menebus sebuah “Pasport” Our Toy Stories secara PERCUMA dan mengambil satu perjalanan yang sangat menggembirakan di seluruh Medan Membeli-belah itu untuk menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan mengumpul setem peringatan di pelbagai kawasan khas.
 
#HarbourCity #OurToyStories
Muat turun Siaran, Foto & Lampiran: 

https://www.dropbox.com/sh/hak7vcmt7ckxvn4/AADBVS6CYzjr7b9oyHEt-tAza?dl=0
 
Berseronok dengan Woody dan Rakan-rakan di Karnival “Toy Story”!
Harbour City membawa kepada setiap lapisan manusia di Hong Kong ke dalam keajaiban “Toy Story 4” yang penuh dengan kejutan yang menyeronokkan dalam satu karnival luaran yang berskala besar. Patung-patung Woody, Buzz Lightyear dan Slinky Dog mengalu-alukan tetamu di gerbang pintu masuk gergasi setinggi 7 meter di Ocean Terminal Forecourt. Peminat boleh merakamkan gambar dengan watak-watak “Toy Story” yang lain seperti Bo Peep, Duke Caboom, Jessie dan Aliens di “Pondok Tiket Belon,” “Roller Coaster” dan Giant Claw Machine“Kuda Pusing” yang mendapat ilham daripada Aliens. Karnival itu diteruskan di Ocean Terminal Deck dengan “Roda Ferris Buzz Lightyear” yang mempunyai ketinggian enam meter dan Van Perkhemahan “Kembara Jalan Raya Musim Panas”. Peminat juga boleh menikmati matahari terbenam yang indah bersama-sama dengan Aliens. Dengan mendermakan HK$100 kepada The Salvation Army, peminat juga boleh mendapat token permainan untuk mengambil bahagian di dalam enam permainan dan cabaran yang berbeza dalam Karnival itu.
 
Memanggil Bonnie dari Bumi
Walaupun rakan-rakan “Toy Story” semuanya berkumpul di Harbour City, pemilik baharu mereka “Bonnie” adalah mustahil untuk tidak melihatnya. Oleh itu, Harbour City mengalu-alukan pelawat yang bernama Bonnie dari seluruh dunia ke Karnival itu. Anda hanya perlu mengemukakan sebuah pasport yang menunjukkan nama anda adalah Bonnie untuk menebus satu set token secara percuma untuk menikmati permainan karnival itu.
 
Dari balik tabir “Toy Story 4”
Di pameran The Art of Toy Story 4, peminat Pixar boleh meneroka watak-watak dan persekitaran bagi Toy Story 4 melalui satu pemilihan karya seni replika yang halus dari sketsa pensil dan konsep seni yang ringkas kepada lukisan dan papan cerita yang dihasilkan secara digital. Di Bilik Darjah Mainan Bonnie dan Forky, kanak-kanak sangat teruja untuk mengikuti sebuah buku cerita gergasi, membuat spork mereka sendiri dan menjadikan diri mereka menjadi “Forky” di Pengalaman Kinect.
 
Membawa Pulang Kawan-kawan Anda
Peminat dapat merasakan gula-gula bertemakan “Toy Story” yang lembut di Summer Splash Sweet Kitchen, mencari pelbagai produk dan juga mencetak nama mereka sendiri pada mana-mana produk DIY di Kedai Pop Timbul “Toy Story 4”. Sementara itu, pemegang “Pasport” Our Toy Stories boleh menikmati keistimewaan membeli-belah khas di kedai penyewa terpilih di Harbour City.
 
Lihat versi sumber  di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190715005854/en/Toy-Stories-Harbour-City
 
Hubungi
 
Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666 / www.harbourcity.com.hk
 
Pertanyaan Media: Harbour City Estates Limited 
Cik Florence Man (852) 2118 8623 / florenceman@harbourcity.com.hk 
Encik Andrew Yeung (852) 2118 8674 / andrewyeung@harbourcity.com.hk
 
Sumber : Harbour City
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment