Friday, July 26, 2019

PLATFORM TEKNOLOGI FUSIONEX MEMBERIKAN SAYAP KEPADA FPX #MYCYBERSALE 2019

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyedia penyelesaian teknologi terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah dipilih sebagai Rakan Teknologi Kemuncak untuk jualan dalam talian terbesar di Malaysia – FPX #MYCYBERSALE 2019. Teknologi Fusionex akan membantu jualan tahunan keenam ini bagi memacukan aktiviti dan memenuhi cita-cita mereka untuk meningkatkan e-dagang serantau dengan sebuah acara #MYCYBERSALE ASIA.

Jualan tahun ini melangkaui sempadan dan mensasarkan ekonomi Asia termasuk Taiwan, Thailand, Indonesia, dan Singapura. Dengan Taiwan turut serta sebagai Rakan Serantau yang pertama, sebuah acara #MYCYBERSALE ASIA akan diadakan di Taiwan serentak dengan acara FPX #MYCYBERSALE 2019 di Malaysia dari 27 September hingga 3 Oktober.

FPX #MYCYBERSALE 2019 menawarkan pelbagai jenis produk yang boleh diperolehi dengan tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati oleh pembeli semasa jualan ini. Acara itu dianjurkan oleh Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Acara tahun ini juga termasuk Rakan Utama PayNet, pengendali bagi FPX, sebuah pembekal pembayaran dalam talian.

Pada tahun ini, #MYCYBERSALE meramalkan pendapatan sebanyak RM500 juta, dengan hasil eksport diramalkan pada RM80 juta. Seterusnya, ia berharap untuk menarik kira-kira 1,500 peserta berdaftar dengan sekurang-kurangnya 750 mengeksport ke 40 pasaran luar negara. Acara itu merupakan satu inisiatif untuk memangkinkan pertumbuhan bagi industri e-dagang negara, meningkatkan pendapatan e-dagang domestik, dan mempercepatkan penggunaan e-dagang di kalangan peniaga.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata: “Kami sangat teruja untuk memainkan peranan di dalam membuatkan FPX #MYCYBERSALE 2019 dan #MYCYBERSALE ASIA yang pertama kalinya itu mencapai kejayaan cemerlang. Kami berharap peniaga-peniaga akan memanfaatkan platform yang mantap, fleksibel, dan mudah untuk digunakan ini, untuk menjangkau lebih banyak pelanggan dan meningkatkan jualan. Acara-acara #MYCYBERSALE itu, yang diperjuangkan oleh PIKOM dan disokong oleh MDEC, akan memberi manfaat yang amat sangat kepada perniagaan, terutamanya dengan peningkatan hari ini di dalam persaingan dan pengguna yang canggih dalam teknologi. Adalah menjadi harapan kami bahawa platform teknologi Fusionex, melalui #MYCYBERSALE akan menjadi satu batu loncatan bagi perniagaan untuk berjaya di dalam ruang e-dagang.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12374

No comments:

Post a Comment