Wednesday, July 10, 2019

PUSINGAN KELAYAKAN UNTUK IDEAL® NATIONAL CHAMPIONSHIP 2019 SEDANG BERLANGSUNG DI SELURUH DUNIA

Untuk Meraikan Juruelektrik dari seluruh Dunia, Hujung Minggu Kejohanan akan berkembang untuk merangkumi Pertandingan Antarabangsa

Hujung Minggu National Championship 2019 di Coronado Springs Resort Disney® 7-9 November, 2019


SYCAMORE, Ill., 10 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IDEAL® Electrical telah melancarkan pertandingan kebangsaan tahunan yang keempat untuk mencari juruelektrik terbaik di Amerika Syarikat dan Kanada. “Tahun ini, kami yakin di seluruh Amerika Syarikat sahaja akan ada lebih daripada 100,000 profesional, perantis dan pelajar yang akan bertanding.” kata Doug Sanford, Presiden Kumpulan IDEAL Electrical. Pertandingan Kelayakan dan Hujung Minggu Kejohanan akan merangkumi peserta individu profesional dan pelajar/perantis, serta pasukan Kontraktor dan Sekolah.

Hujung Minggu IDEAL® National Championship akan Merangkumi Pertandingan Antarabangsa

“Kini kami mempunyai pertandingan IDEAL National Championship di A.S, Kanada, China, Australia dan Mexico. Jadi tahun ini, kami akan membawa johan kebangsaan dari setiap negara tersebut ke Hujung Minggu Kejohanan di Orlando, Florida, 7-9 November di Coronado Springs Resort Disney®.”

Sanford meneruskan, “Selepas kami memahkotakan juara Amerika Utara tahun ini, kami akan mengadakan ‘Pusingan Antarabangsa’ khas untuk menentukan juruelektrik terbaik di dunia. Juara dari A.S., Australia, Kanada dan China akan bertanding.”

Kontraktor dan Sekolah Memikul Peranan Baharu dan Lebih Besar pada Kejohanan Tahun ini

“Kami sentiasa mencari cara untuk menjadikan acara ini lebih baik, lebih mencabar untuk pesaing dan lebih merangkumkan keseluruhan pertukangan ini,” kata Sanford. “Jadi tahun ini, kami telah melancarkan Cabaran Kontraktor dan Cabaran Sekolah untuk menunjukkan kualiti bakat yang disumbangkan setiap kontraktor dan sekolah dalam profesion ini.” Kontraktor dan sekolah dijemput untuk mendaftarkan pasukan di IDEALnationals.com. “Kami yakin perubahan ini akan menyuntik sedikit keseronokan tambahan dan persaingan persahabatan dalam pertandingan.” tambah Sanford. Beliau menjangkakan lebih 100 pasukan kontraktor dan lebih 150 pasukan sekolah untuk bersaing tahun ini.

IDEAL National Championship Menghimpunkan Pekerja Pertukangan Mahir A.S. untuk Menarik Minat Jurueletrik Baharu

IDEAL Electrical menubuhkan IDEAL National (U.S.) Championship empat tahun dahulu untuk menunjukkan kemahiran dan profesionalisme juruelektrik hari ini. “A.S menghadapi kekurangan juruelektrik yang ketara dalam beberapa tahun akan datang. Jabatan Buruh A.S melaporkan jurang tersebut akan mencapai 60,000 juruelektrik menjelang 2026. Kami telah mencipta IDEAL National Championship untuk memberikan penghormatan kepada komuniti pertukangan dan membantu untuk menarik minat anak-anak muda menceburi kerjaya yang memuaskan sebagai juruelektrik dan kontraktor.” kata Sanford.

“Saya berpendapat kita mempunyai peluang dan tanggungjawab, untuk mempamerkan secara berkesan kepentingan pertukangan mahir ini untuk menguasakan dan menyambungkan kita semua di tempat kerja, di rumah dan semasa bersantai. Tanpa ‘Sparkies,’ teknologi tidak akan bergerak maju. Bangunan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Rumah tidak dapat memenuhi jangkaan. Juga, kereta tidak dapat menjangkakan masalah.”

Apakah yang Dipertaruhkan pada Hujung Minggu Kejohanan?

“Hanya 174 juruelektrik akan berjaya melangkah ke Hujung Minggu Kejohanan,” kata Sanford. “Hujung minggu itu, kami akan menganugerahkan lebih $600,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah. Jadi pengiktirafan besar ini bukan hanya untuk individu, tetapi juga kontraktor yang mereka bekerja dan sekolah yang mereka wakili.”

Acara pusingan kelayakan diadakan sehingga 4hb Oktober merentasi A.S. dan di China, Kanada, Australia dan Mexico. Semasa acara ini, peserta perlu mempamerkan kedua-dua kemahiran penyelesaian masalah dan fizikal dalam tindakan memotong, melucut, mengelim, menamatkan dan banyak lagi – menggunakan alat IDEAL melalui cabaran yang diadili melalui masa, ketukangan, penamatan, penyambungan dan keselamatan.

Semua alat akan tersedia pada setiap acara pusingan kelayakan, tetapi peserta mempunyai pilihan untuk menggunakan alat IDEAL mereka sendiri, yang boleh dibeli terlebih dahulu untuk berlatih dengan mengunjungi pengedar tempatan atau IDEALnationals.com.

Peluang Kad Bebas

Profesional dan pelajar/perantis dengan skor terbaik di setiap negara/wilayah akan mara ke Hujung Minggu Kejohanan. Tiga peserta individu terbaik dari tahun 2018 akan kembali untuk peluang mempertahankan kemenangan mereka.

Terdapat 14 slot Kad Bebas tersedia untuk profesional dan pelajar/perantis. Slot ini akan diisi oleh tiga individu dengan skor terbaik dari setiap rantau A.S (Utara, Selatan, Timur dan Barat) yang tidak memenangi pertandingan kejohanan negeri/wilayah mereka dan dua peserta dengan skor terbaik tambahan dari Kanada.

Mereka yang berjaya akan menerima penginapan perjalanan untuk bertanding di Hujung Minggu Kejohanan di Coronado Springs Resort Disney® di Lake Buena Vista, Florida pada 7-9 November.

Tentang IDEAL® ELECTRICAL
IDEAL ELECTRICAL ialah sebuah syarikat IDEAL INDUSTRIES, INC. IDEAL ialah peneraju global dalam alat elektrik dan penamatan wayar, serta pembangunan, pengeluaran dan pemasaran sistem pengurusan tenaga ditingkatkan, produk dan teknologi untuk juruelektrik profesional, jurutera reka bentuk dan eksekutif kemudahan.

Tentang IDEAL INDUSTRIES, INC.
IDEAL INDUSTRIES, INC ialah perniagaan dimiliki keluarga global dan dipelbagaikan yang mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan alat berkualiti tinggi untuk tukang profesional dalam industri elektrik, pemprosesan wayar, komunikasi data, aeroangkasa, automatif dan pembinaan.  Syarikat berusia 103 tahun ini diasaskan pada tahun 1916 dengan harapan membentuk hubungan ideal dengan pelanggan, pekerja dan komuniti.  Syarikat ini telah berkembang secara konsisten di bawah pemilikan keluarga selama lima generasi.

Maklumat Hubungan:

Mike Grossman
E: mgrossman@sccadv.com
P: 312-222-7478

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3be2758e-2b27-47f6-adc5-fee3d8e3d9a0 

SUMBER : IDEAL INDUSTRIES, INC.

No comments:

Post a Comment