Wednesday, July 31, 2019

SYARIKAT KESIHATAN MENTAL MUSLIM DALAM TALIAN THERAPYLINE YANG MENYASARKAN UNTUK MENORMALKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DALAM DUNIA MUSLIM DILANCARKAN DI UK, AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND PADA MINGGU INI.

LONDON, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TherapyLine, syarikat kesihatan mental mudah alih dalam talian untuk Muslimin, dilancarkan di tiga pasaran baharu hari ini, UK, Australia dan New Zealand, sebagai sebahagian daripada rancangan yang lebih besar untuk menyediakan Kaunseling profesional kepada seramai Muslimin yang boleh di seluruh dunia. Pada mulanya dilancarkan di Kanada, TherapyLine menyediakan kaunseling tanpa had daripada kaunselor Muslim berlesen secara profesional melalui pemesejan terus menerusi laman web Therapyline.org untuk kira-kira $179 usd sebulan.
 
“Buat masa ini kira-kira 2.3 juta Muslimin tinggal di United Kingdom dan lebih 600,000 tinggal di Australia dan kira-kira 50,000 tinggal di New Zealand, jadi kini kami boleh mencapai kira-kira 3 juta Muslimin lagi yang sebelum ini mungkin tidak pernah cuba mencari bantuan kesihatan mental,” kata Faisal Khan, Pengasas dan CEO TherapyLine. TherapyLine menganggap UK sebagai pintu masuk untuk menyediakan Terapi kepada Muslimin di Eropah serta sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang mereka untuk berkembang di seluruh dunia.
 
Topik Kesihatan Mental, yang biasanya tidak dibincangkan sesama Muslimin atau secara terbuka di Institusi Islamik, ialah sesuatu yang TherapyLine sasarkan untuk ubah dan menjadikannya sesuatu yang biasa selain akses kepada perkhidmatan kesihatan mental profesional dalam dunia Muslim. “Kebanyakan Muslimin biasanya tidak mendedahkan gangguan mental yang dialami atau kadangkala menceritakannya kepada Imam,” Kata Pengasas bersama dan Pengarah Outreach, Asim Ibrahim. “Kami perlu mereka tahu bahawa kini mereka mempunyai tempat untuk mendapatkan bantuan secara tanpa nama yang boleh diakses dan berpatutan,” kata Ibrahim.
 
Faisalkhan@therapyline.org
734 407 9626
www.therapyline.org
 
Sumber: Therapyline Technologies Inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment