Thursday, July 25, 2019

THERAPYLINE, PERKHIDMATAN TERAPI DALAM TALIAN PEKA BUDAYA UNTUK MUSLIMIN DILANCARKAN DI AMERIKA SYARIKAT HARI INI

DETROIT, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TherapyLine memasuki pasaran Amerika Syarikat hari ini untuk membawakan Terapi profesional dalam talian kepada lebih daripada 3.4 juta Muslimin yang tinggal di Amerika Syarikat.TherapyLine ialah platform dalam talian yang dilancarkan di Kanada beberapa bulan lalu yang menyediakan terapi pemesejan langsung secara tanpa nama tanpa had daripada kaunselor Muslim berlesen secara profesional.Pengguna boleh pergi ke laman, mendaftar diri dan memilih pakar terapi kemudian membayar yuran bulanan sebanyak $179 sebulan untuk menerima terapi bagi kemurungan, kebimbangan, ketagihan, kaunseling perkahwinan dan sebagainya daripada Kaunselor Muslim sepanjang bulan menggunakan teks melalui laman web TherapyLine www.therapyline.org.
 
Amerika Syarikat ialah pasaran pertama yang dimasuki TherapyLine di luar Kanada dan merupakan pasaran yang TherapyLine rancang untuk berkembang dengan pantas, “Ini ialah pasaran yang penting untuk kami dan walaupun majoriti Muslimin tinggal di kawasan metropolitan besar, terdapat sebilangan mereka tinggal di tempat terpencil yang mempunyai bilangan Muslimin yang kecil dengan peluang untuk berjumpa kaunselor Muslim amat kecil bahkan tiada,” kata Pengasas dan bekas penganalisis kewangan Fortune 500 Faisal Khan.
 
Kemurungan semakin meningkat dalam dunia Muslim sepanjang 10 tahun dikecewakan lagi dengan pilihan raya 2016 di AS dan xenofobia yang semakin meningkat di seluruh dunia.Pada tahun 2016, 60% Muslimin melaporkan suatu bentuk diskriminasi berdasarkan agama yang lebih daripada setiap kumpulan agama lain di Amerika Syarikat dan data daripada Basit dan Hamid menunjukkan 43% Muslimin mengalami kesukaran penyesuaian yang menyebabkan ramai Muslimin mencari suatu bentuk sokongan mental.Talian penting yang dikendalikan sukarelawan Muslim di seluruh Amerika Utara menerima ribuan panggilan setiap tahun tetapi kerap kali terlalu dibebani dalam menyediakan Kesihatan Mental untuk Muslimin dan Kaunseling Islamik yang menunjukkan betapa ramainya Muslimin yang memerlukan bantuan.
 
Walaupun terdapat ramai yang memerlukan bantuan, terdapat juga keengganan oleh Muslimin untuk pergi dan mendapatkan bantuan mental kerana stigma yang dikaitkan dengan berjumpa kaunselor. “Kesihatan Mental Muslim ialah sesuatu yang jarang ditangani dalam dunia Muslim malah dianggap tabu tetapi hal ini amat penting.Berhubung dengan Pakar Terapi Berlesen yang boleh memahami situasi unik, kepercayaan agama dan budaya yang hanya difahami Muslim adalah aspek penting untuk perkhidmatan ini, faktor tersebut digabungkan dengan ketanpanamaan dan anda membuka Terapi kepada ramai Muslimin yang tidak akan mencarinya sebelum ini,” kata Khan.
 
Negeri pertama yang TherapyLine akan masuki ialah Michigan kemudian terdapat rancangan untuk berkembang ke New York, Illinois dan Minnesota.
 
Faisalkhan@therapyline.org
734 407 9626
www.therapyline.org
 
Sumber: Therapyline Technologies Inc.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment