Friday, July 12, 2019

BLUE MAGIC INC. AKAN MELANCARKAN JAPANESE-CUISINE.COM, MENGGUNAKAN E-PEMBELAJARAN UNTUK MENGAJAR KEBUDAYAAN DAN TEKNIK MASAKAN ASLI JEPUN

Satu-satunya Kursus di Dunia Yang Mematuhi Sistem Persijilan Bronze yang Diiktiraf oleh Kerajaan Jepun
 
TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Magic Inc., beribu pejabat di Tokyo, Yukiko Akimoto, Ketua Pegawai Eksekutif, telah membangunkan program e-pembelajaran untuk mengajar budaya dan teknik masakan asli Jepun dengan kerjasama Akademi Masakan Jepun yang terletak di Kyoto, pengarah Yoshihiro Murata. Program ini dijadualkan untuk pelancaran di seluruh dunia pada 12 Julai, 2019.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190711005266/en/
 
Walaupun terdapat lebih dari 120,000 restoran Jepun di seluruh dunia, angka menunjukkan bahawa hanya tiga peratus daripadanya dikendalikan oleh chef Jepun. Terdapat minat yang besar dalam masakan Jepun di kalangan profesional yang bekerja di restoran Jepun di seluruh dunia serta di kalangan pelajar di akademi masakan. Ramai orang yang ingin belajar bagaimana menguasai masakan Jepun secara asli.
 
Namun, hampir tiada sekolah di seluruh dunia yang mengajar masakan Jepun. Dengan pengecualian beberapa restoran, hampir mustahil untuk belajar memasak masakan asli Jepun.
 
Projek e-pembelajaran ini adalah usaha untuk menyelesaikan masalah ini dan menyumbang kepada masa depan masakan Jepun dan budaya makanan Jepun dengan menawarkan peluang untuk mempelajari teknik-teknik yang terlibat dalam masakan dan budaya itu di mana saja di dunia.
 
Kurikulum awal dicipta oleh Akademi Masakan Jepun, dengan chef  terbaik di Jepun berkhidmat sebagai pengajar. Bahan-bahan tersebut distruktur sebegitu rupa dengan cara yang membolehkan pengguna menonton video dan mempelajari teknik, satu demi satu, yang membentuk asas masakan Jepun.
 
Kurikulum ini juga mematuhi garis panduan yang dibuat pada 1 April 2016 oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun untuk memperakui kemahiran masakan untuk masakan Jepun di luar Jepun. Program ini meliputi semua pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk Pensijilan Bronze dalam sistem garis panduan yang dibuat kerajaan. Pembelajaran pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin, dengan rancangan untuk menyokong bahasa-bahasa lain sepanjang kursus.
 
Laman sesawang program di https://japanese-cuisine.com
 
Selain pelancaran program e-pembelajaran pada 12 Julai, laman e-dagang dijadualkan dilancarkan pada awal bulan Ogos untuk menjual peralatan memasak yang diperlukan untuk mempelajari teknik masakan Jepun.
 
Lihat versi sumber  di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190711005266/en/
 
Hubungi

Hantar semua pertanyaan kepada: 
Blue Magic Inc. 
Cik Ayumi Kuji 
info@japanese-cuisine.com 
https://bluemagic.co.jp/
 
Sumber : Blue Magic Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment