Wednesday, July 31, 2019

LEDDARTECH BERJAYA MEMPERTAHANKAN HARTA INTELEK LIDAR MILIKNYA TERHADAP PHANTOM INTELLIGENCE

QUEBEC CITY, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, mengumumkan bahawa kes pelanggaran paten terhadap Phantom Intelligence telah diselesaikan dengan baik di Mahkamah Persekutuan Kanada.

Pada tahun Disember 2015, LeddarTech mencabar Phantom Intelligence atas penggunaan tidak sah teknologi penderiaan LiDAR yang telah dipatenkannya yang dilindungi oleh No. Paten Kanada 2,710,212, bertajuk “Pengesanan dan Kaedah dan Sistem Penentuan Jarak” dan berkaitan dengan sistem dan kaedah untuk mendapatkan isyarat optik dan menukarkannya kepada jejak digital.  Paten tersebut ialah pemacu teras harta intelek yang telah lama ditetapkan bagi LeddarTech dan diamalkan dalam semua produk penderiaan LiDAR miliknya yang digunakan dalam sistem pembantu pemandu maju (ADAS) dan aplikasi pemanduan berautonomi (AD) dalam sektor auto dan mobiliti. Penyelesaian, amaun, terma dan syarat yang dirahsiakan, disetujui di bawah proses pengantaraan ditaja mahkamah yang menyaksikan Phantom Intelligence menjadi pelanggan LeddarTech.

“LeddarTech bangga dengan inovasi selama bertahun-tahunnya sebagai perintis dalam teknologi LiDAR untuk ADAS dan AD,” kata Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi di LeddarTech. “Kami sentiasa yakin bahawa kami akan berjaya dalam mempertahankan hak intelektual kami, dan kami akan terus sentiasa berjaga-jaga dalam melindunginya.” sambung En. Olivier.  LeddarTech menghargai sumbangan penting jurutera dan ahli sains kepada hak inteleknya (72 paten: 52 diluluskan dan 20 menunggu kelulusan) dan bercadang untuk meneruskan pemantauan terhadap kemungkinan pelanggaran teknologi penderiaan LiDAR.

Tentang LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, ADAS meningkatkan teknologi yang dipatenkan dan keupayaan memandu berautonomi untuk automobil, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot, kenderaan ulang alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com, dan di LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP, dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech Inc.
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com 

SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment