Wednesday, July 10, 2019

STATE STREET LANTIK KETUA BAGI PERNIAGAAN MEREKA DI UNITED KINGDOM, EROPAH, TIMUR TENGAH DAN AFRIKA

BOSTON, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- State Street Corporation (NYSE: STT) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melantik Jörg Ambrosius sebagai ketua bagi perniagaan mereka di United Kingdom, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Ambrosius, seorang veteran dengan State Street selama 18 tahun akan melapor kepada Francisco Aristeguieta, ketua bagi perniagaan antarabangsa State Street yang baharu dilantik. Ambrosius akan menggantikan Liz Nolan yang telah dinamakan sebagai ketua bagi pasukan Penyampaian Global State Street, dengan mengendalikan operasi dan infrastruktur global, pada awal tahun ini. Ambrosius akan juga berkhidmat di Jawatankuasa Pengurusan State Street, kumpulan strategi dan pembuat dasar mereka yang paling senior. Pelantikan Ambrosius adalah tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia.

Sebagai ketua bagi State Street untuk EMEA, Ambrosius akan bertanggungjawab bagi semua aktiviti perniagaan di rantau itu termasuk memacukan strategi, mengendalikan penglibatan pelanggan, mengembangkan bakat, mengawasi pengurusan risiko, mengejar peluang pertumbuhan serta menguruskan perhubungan dengan pihak berkepentingan yang berbeza termasuk pegawai-pegawai dan pengawal selia tempatan.

Ambrosius mempunyai lebih 25 tahun pengalaman di dalam industri perkhidmatan kewangan. Beliau baru-baru ini menjadi ketua bersama bagi perniagaan Perkhidmatan Global bagi State Street di EMEA dan ketua bagi perniagaan perkhidmatan kekayaan berdaulat global mereka. Di dalam jawatan-jawatan ini beliau bertanggungjawab untuk memacu dan melaksanakan strategi perniagaan, proses pengurusan risiko dan menyampaikan satu pengalaman ‘State Street’ untuk pelanggan.

“Wilayah EMEA itu sangat penting kepada kami dan kami amat berbangga kerana mempunyai kehadiran di sana selama hampir 50 tahun dengan mempunyai lebih 13,000 orang pekerja,” kata Francisco Aristeguieta. “Sepanjang kerjaya beliau, Jörg telah menunjukkan kepimpinan yang berjaya di dalam perniagaan dan pasukan yang utama dan kini akan memacukan strategi EMEA kami ke hadapan. Pelanggan kami dan industri itu kini berada pada satu detik perubahan yang mendalam dan rekod perkhidmatan Jörg sebagai seorang rakan strategik kepada pelanggan institusi, pengetahuan beliau mengenai peraturan serantau yang rumit dan pelbagai serta pengalaman beliau bekerja merentasi kumpulan pemegang kepentingan yang meluas meletakkan beliau pada kedudukan yang terbaik untuk peranan ini. Saya yakin beliau akan menyampaikan hasil yang berjaya bagi pelanggan kami dan firma kami.”

Ambrosius menambah: “Saya amat teruja untuk memikul peranan baharu ini pada detik masa yang penting bagi State Street, pelanggan kami dan industri itu. Adalah penting bahawa kami memberi tumpuan kepada menyediakan perkongsian strategik kepada pelanggan kami untuk membantu mereka mengemudi cabaran dan mencapai matlamat mereka, dan pada masa yang sama memberikan komitmen kewangan kami kepada pemegang saham kami dan mengekalkan kecemerlangan risiko. Kami mempunyai satu platform yang sangat mantap di EMEA dari mana untuk membina, dan saya berharap dapat bekerja dengan pasukan-pasukan merentasi rantau itu untuk memacukan pertumbuhan dan menyampaikan pulangan.”

Maklumat mengenai State Street Corporation

State Street Corporation (NYSE: STT) adalah pembekal perkhidmatan kewangan yang utama di dunia kepada pelabur institusi termasuk perkhidmatan pelaburan, pengurusan pelaburan dan penyelidikan dan perdagangan pelaburan. Dengan aset berjumlah $32.6 trilion di bawah penjagaan dan pentadbiran dan $2.8 trilion* dalam aset di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2019, State Street beroperasi secara global di lebih daripada 100 pasaran geografi dan mempunyai kira-kira 40,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web State Street di www.statestreet.com.

* Aset di bawah pengurusan termasuk aset bagi SPDR® Gold ETF dan SPDR® Long Dollar Gold Trust ETF (kira-kira $33 bilion setakat 31 Mac, 2019), yang mana Pengedar Dana Penasihat Global State Street, LLC (SSGA FD) berfungsi sebagai ejen pemasaran; SSGA FD dan Penasihat Global State Street adalah bergabung.

State Street Corporation One Lincoln Street, Boston, MA 02111-2900.

© 2019 State Street Corporation - Hak Cipta Terpelihara

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran Media ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud undang-undang sekuriti Amerika Syarikat, termasuk kenyataan mengenai peranan, tanggungjawab dan potensi bagi ketua State Street yang baharu  untuk perniagaan mereka di United Kingdom, Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) (di mana pelantikan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia) dan keutamaan yang berkaitan dan objektif perniagaan dan pemegang saham. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering, tetapi tidak selalu, dikenal pasti dengan terminologi yang berpandangan ke hadapan seperti “akan”, “mengharapkan,” “percaya,” “memandang ke hadapan,” “keutamaan,” “objektif,” “rancangan,” “menjangkakan,” “berhasrat,” “menganggarkan,” “mencari,” “mungkin,” “trend,” dan “matlamat,” atau kenyataan atau variasi yang serupa dengan istilah tersebut. Kenyataan-kenyataan ini tidak menjadi jaminan bagi prestasi masa hadapan, kepastian yang tidak menentu, adalah berdasarkan kepada andaian semasa yang sukar untuk diramalkan dan melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian. Oleh itu, hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan di dalam kenyataan itu, dan kenyataan tersebut tidak boleh diandaikan sebagai mewakili jangkaan atau keyakinan kami pada bila-bila masa selepas masa Siaran Media itu dikeluarkan. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang ditunjukkan oleh mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan telah dibentangkan dalam Laporan Tahunan 2018 kami pada Borang 10-K dan pemfailan SEC kami yang berikutnya. Kami menggalakkan pelabur untuk membaca pembentangan ini, terutama bahagian yang berkaitan faktor risiko, untuk maklumat tambahan berhubung dengan mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam Siaran Media ini tidak boleh diharapkan sebagai mewakili jangkaan atau kepercayaan kami pada bila-bila masa selepas masa Siaran Media itu dikeluarkan, dan kami tidak berjanji untuk menyemak semula kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu untuk mencerminkan peristiwa selepas waktu itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12326

No comments:

Post a Comment