Wednesday, May 4, 2016

Sage Mahu Menjadi Rakan Kongsi Teknologi Terbaik PKS

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Sage Software Solutions, yang merupakan peneraju pasaran dalam sistem pembayaran, gaji dan perakaunan bersepadu amat komited untuk menjadi rakan kongsi teknologi yang terbaik bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan Sage Asia, Yaj Malik berkata jenama itu telah berkembang kukuh dan hari ini menjadi peneraju utama dalam penyelesaian perisian perniagaan bagi PKS.

Syarikat itu menawarkan penyelesaian perakaunan yang sesuai serta inovatif bagi 200,000 perniagaan di Malaysia.

Yaj berkata syarikat itu telah membantu pelanggannya untuk fokus kepada perniagaan mereka serta merancang masa depan.

"Sage di seluruh dunia memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas keperluan pelanggan mereka yang sentiasa berubah-ubah. Syarikat kami komited untuk mengekalkan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Syarikat tersebut telah menganjurkan persidangan Sambungan Pelanggan Sage untuk Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada bulan lepas.

Lebih daripada 600 PKS menghadiri acara itu bagi mendapatkan maklumat syarikat serta idea-idea terkini mengenai kemampuan teknologi dalam memperkasakan perniagaan mereka.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1242183

No comments:

Post a Comment