Wednesday, May 11, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO TAWARKAN "BUFET PENCUCI MULUT LITTLE MERMAID" SEBAGAI MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-180 "THE LITTLE MERMAID" YANG DITULIS OLEH HANS CHRISTIAN ANDERSEN

TOKYO, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan “Bufet Pencuci Mulut Little Mermaid” di All Day Dining Jurin dari 1 Jun hingga 30 September, 2016 sebagai memperingati ulang tahun ke-180 cerita dongeng "The Little Mermaid" yang ditulis oleh pengarang Denmark Hans Christian Andersen. Pencuci mulut khas yang berdasarkan tema "The Little Mermaid" itu, termasuk Denmark, laut dan makhluk laut, akan disediakan oleh pembuat pastri dan kek kami yang berkemahiran tinggi.

Bufet pencuci mulut sebelumnya diadakan dari November 2015 hingga Januari 2016 yang bertemakan "Alice’s Adventures in Wonderland" dan telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan wanita. Pembuat pastri di hotel kami akan menunjukkan kemahiran mereka dengan mencipta pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat yang dibahagikan kepada lima zon yang berbeza di sebuah kaunter yang berukuran 15 meter panjang bagi pelanggan untuk membuat pilihan pada setiap hari semasa pameran itu dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang. Kuih tat dalam bentuk "umang-umang," kek gulung dalam bentuk "belut malung" dan pencuci mulut artistik yang lain yang menggambarkan watak-watak daripada tema lautan, makhluk laut dan musim panas dengan menggunakan crème beri biru, jeli pudina, dan bahan-bahan lain yang unik akan disediakan.

No comments:

Post a Comment