Monday, May 23, 2016

MAA Takaful Rai Peserta Catat Prestasi Tertinggi



KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- MAA Takaful Bhd meraikan pasukan agensinya pada malam Anugerah Agensi 2015 yang diadakan semalam di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya.

Bertemakan, "Hei Matau", kira-kira 800 peserta yang mencapai prestasi tertinggi dari seluruh negara menghadiri acara itu, bersama 160 pemenang anugerah.

Tema tersebut daripada masyarakat Maori, telah menjadi simbol legenda yang melambangkan kekuatan, keazaman, kemakmuran, keamanan dan kesihatan yang baik, menurut syarikat dalam kenyataan Sabtu.

"Acara kemuncak majlis itu adalah anugerah MAA Court of the Table, diberikan kepada Esther Lam, manakala MAA Million Dollar Round Table dianugerahkan kepada Faizah Abd Hamid, Andy Wong, Umi Kalsom Mahyudin dan Khairil Munaziroh Saad.

"Anugerah berprestij lain adalah Top Chief Managing Consultants for the Whole Group diberikan kepada Muhamad Asri Mustaffa, manakala anugerah bagi kategori Direct Group diterima oleh Iznor Mohd Salleh," katanya.

Satu lagi acara, Kongres Jualan Kebangsaan tahunan turut dianjurkan oleh MAA Takaful di Sunway Resort Hotel & Spa, pada 21-22 Mei.

Acara itu, bertemakan "Be A Star - Transform Beyond Normal", amat dinantikan oleh semua pasukan agensi MAA Takaful yang akan menyaksikan kehadiran seramai 1,000 peserta.

"Be A Star", bertujuan memberi motivasi kepada pasukan agensi untuk berjaya dan meningkatkan peranan serta sikap bekerja mereka kepada tahap yang mereka tidak pernah bayangkan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment