Friday, May 27, 2016

PANASONIC MEMPERBAHARUI BILIK PAMERAN MEREKA DI VIETNAM UNTUK MEMPAMERKAN PENYELESAIAN GAYA HIDUP PREMIUM YANG TERKINI

HANOI, Vietnam, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE-- Panasonic Vietnam (Panasonic) membuka bilik pameran korporat mereka yang baharu diubahsuai, Panasonic Risupia Vietnam, bersempena dengan ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat itu, hari ini. Bilik pameran itu telah diubahsuai untuk mempamerkan penyelesaian Gaya Hidup Premium yang terkini dan menyediakan satu pengalaman yang lebih interaktif kepada pengunjung.

Teknologi canggih terkini Panasonic seperti "Skrin Lutsinar" – satu paparan kaca pintar yang mempunyai keupayaan untuk menonjolkan imej dan maklumat seperti program berita dan data cuaca -- dan penyelesaian audio visual yang terkini dipamerkan di pintu masuk yang baharu diubahsuai. Di kawasan bilik pameran itu, pelbagai produk dan penyelesaian syarikat itu, daripada peralatan audio visual untuk peralatan rumah dan produk kecantikan, dipamerkan untuk menyerlahkan persekitaran kehidupan premium yang berkisarkan kepada konsep "keselamatan, keselesaan, kemudahan dan gaya" yang boleh ditawarkan oleh Panasonic kepada pengguna mereka di Vietnam.

No comments:

Post a Comment