Wednesday, May 11, 2016

D'Saji Tawar 11 Venue Untuk Berbuka Puasa

CEO FELDA D'Saji, Ahmad Zaki Abdullah (3 dari kanan) bersama barisan pengurusan dan chef-chef D'Saji ketika memperkenalkan menu utama Bufet Ramadhan 2016.
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Felda D'Saji Sdn Bhd, anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Bhd dan FELDA, menawarkan 11 venue untuk berbuka puasa bagi pelanggan berkumpulan dan korporat tahun ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Felda D'Saji Sdn Bhd berkata kelima-lima venue bagi kumpulan ialah Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak, Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa di Tasik Titiwangsa, Restoran Felda Villa di Jalan Maktab, Asrama Penchala di Kampung Sungai Penchala dan Kajang Prima Avenue dengan RM45 seorang bagi pelbagai sajian.

Bagi pelanggan korporat dengan tawaran RM75 seorang, lokasinya ialah Dewan Merak Kayangan di Jalan Gurney, Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang, Casa Heliconia di Jalan Maktab, Dewan Rafflesia di Tasik Titiwangsa, Dewan Bankuet Menara FELDA di Persiaran KLCC dan Orchard Villa, Gombak.

"D'Saji juga berbesar hati untuk menawarkan ganjaran pelanggan awal yang membuat tempahan dan membuat bayaran penuh bufet Ramadan sebelum atau pada 1 Jun," kata kenyataan itu.

"Untuk warga emas berumur 60 tahun dan ke atas dan golongan OKU, potongan istimewa ditawarkan untuk membolehkan mereka menikmati sajian sepanjang bulan Ramadan.

"Dua pelanggan bertuah bagi Bufet Ramadan D'Saji akan dipilih dan mereka berpeluang menunaikan umrah tajaan Felda Travel," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment