Friday, May 27, 2016

Felda latih 1,100 peneroka perubatan bekam, akupuntur

JEMPOL 22 Mei – Felda bercadang melatih 1,100 warga peneroka yang mahir dalam bidang perubatan bekam dan akupuntur dalam tempoh terdekat.

Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek berkata, usaha itu bertujuan meningkatkan pendapatan warga Felda dalam pelbagai cabang keusahawanan.

Beliau berkata, perkhidmatan perubatan bekam dan akupuntur kini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

‘Ini merupakan kali pertama kita adakan kursus rawatan bekam alHijamah dan akupuntur dengan kerjasama Felda Wilayah Raja Alias.

‘Kita jangka kursus ini akan menarik minat dalam kalangan para peneroka di 11 wilayah Felda di seluruh negara,’ katanya yang ditemui selepas majlis perasmian kursus berkenaan di Dewan Feldajaya Selatan, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Felda, Mohd. Nasir Embong dan Ketua Peneroka Felda Negeri Sembilan, Othman Parman.

Kursus dijalankan oleh kakitangan dari Pusat Rawatan Pancaran Nur, Kuala Lumpur dan kesemua peserta turut menerima kit rawatan bekam.

Jelasnya, kursus yang diadakan itu dihadiri 127 peneroka. 

Anuar berkata, kursus yang diadakan itu dibiayai oleh Felda dan bakal memberi manfaat kepada peneroka untuk berjaya sebagai usahawan dalam bidang berkenaan. 


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA


No comments:

Post a Comment