Wednesday, April 29, 2020

WELL LIVING LAB, DELOS, CUSHMAN & WAKEFIELD DAN HINES SELARI UNTUK MEMAJUKAN GARIS PANDUAN KEMBALI KE TEMPAT KERJA SEBAGAI RESPONS KEPADA PANDEMIK COVID-19

Well Living Lab akan menilai kaedah dan menetapkan garis panduan untuk mengurangkan penjalaran virus melalui udara dan permukaan, memperkuatkan langkah-langkah penjarakan fizikal dan meningkatkan prestasi pekerja ketika organisasi mempertimbangkan mereka untuk kembali ke pejabat

ROCHESTER, Minn., 28 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Well Living Lab, sebuah kerjasama di antara Delos dan Mayo Clinic yang dikhususkan untuk menyelidiki impak persekitaran kepada kesihatan manusia, hari ini mengumumkan satu rancangan komprehensif untuk mengkaji reka bentuk dan operasi bagi ruang kerja untuk membantu mencegah penyebaran virus pernafasan. Ini akan merangkumi penyelidikan yang dilakukan di makmal itu, bersama dengan aplikasi dan campur tangan ke dalam pejabat-pejabat korporat di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa.

Well Living Lab, yang terletak bersebelahan dengan kampus Mayo Clinic di Rochester, Minnesota, akan menggunakan ruang pejabat “makmal hidup” yang boleh dikonfigurasi untuk menghasilkan pandangan dan menilai teknologi bagi mengurangkan risiko penularan virus pernafasan di persekitaran kerja. Kaya di dalam teknologi sensor dan sangat boleh dikonfigurasi, makmal itu direka untuk mensimulasikan sejumlah tetapan persekitaran dalaman. Cushman & Wakefield akan menyumbangkan kepakaran mereka di dalam strategi tempat kerja dan amalan reka bentuk, termasuk protokol untuk mengekalkan dasar-dasar penjarakan fizikal dan konsep lain untuk kembali ke pejabat. Delos akan menyumbangkan kepakaran di dalam strategi penapisan udara bagi mengurangkan kepekatan bahan zarah, protokol kebersihan permukaan, algoritma yang direka untuk memperbaiki kebimbangan persekitaran dalaman, dan perisian untuk menggalakkan penerapan perubahan tingkah laku penghuni yang diperlukan untuk menyokong persekitaran yang sihat. Hines akan menyumbang pelajaran yang diperolehi daripada sejarah mereka selama enam dekad dalam mewujudkan hartanah yang berinovatif dan lestari dengan kepimpinan pemikiran dan kepakaran pengurusan dari banyak pemimpin utama firma itu di dalam pembangunan, kejuruteraan, inovasi dan pengurusan hartanah merentasi sektor-sektor produk.

“Kami tahu bahawa bangunan mempunyai impak yang luar biasa terhadap kesihatan dan kesejahteraan kami, dan peranan bagi ruang dalaman kini menjadi lebih penting daripada sebelumnya,” kata Paul Scialla, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delos. “Ketika kami mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat-pejabat kami ekoran daripada COVID-19, adalah sangat penting bahawa kami mengambil satu pendekatan yang berasaskan bukti untuk menjadikan ruang kerja kami lebih selamat apabila kami kembali. Kami sangat teruja dengan peluang untuk memperluaskan penyelidikan perintis Well Living Lab di persimpangan sains kesihatan, bangunan dan tingkah laku ke dalam lapangan itu dengan organisasi-organisasi terkemuka seperti Cushman & Wakefield dan Hines.”

Untuk memajukan garis panduan kembali bekerja, Well Living Lab akan memanfaatkan keupayaan kajian lapangan mereka untuk campur tangan di pejabat-pejabat Cushman & Wakefield dan Hines, bersama dengan ibu pejabat global Delos di New York. Hines mempunyai sebuah portfolio pengurusan global bagi lebih daripada 500 hartanah dan sedang mengenal pasti lokasi, bangunan dan ruang kerja yang akan melengkapkan dan mendorong penyelidikan ini. Secara kolektif, maklumat yang dikumpulkan daripada semua laman peserta akan dikumpulkan untuk memaklumkan mengenai kemajuan berterusan bagi garis panduan itu. Kajian itu juga dirancang untuk merangkumi penyertaan di lokasi lapangan lain daripada penyewa korporat tambahan dan tuan-tuan tanah.

“Kami tidak sabar menantikan kerjasama yang berterusan ini dengan Delos dan Well Living Lab ketika kami bekerjasama untuk menggalakkan sebuah tempat kerja yang selamat apabila pejabat-pejabat itu dibuka semula,” kata Brett White, Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Cushman & Wakefield. “Kami merancang untuk menunjukkan kajian saintifik berdasarkan bukti kepada inovasi produk kami yang berterusan ketika kami membantu pelanggan kami menyiapkan diri untuk pemulihan yang akan datang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Hines, Jeff Hines, berkata, “Pekerja kami telah menjadi perintis di dalam mewujudkan hartanah yang progresif yang memajukan persekitaran binaan, oleh itu dengan menyertai usaha ini adalah satu cara yang semula jadi bagi kami untuk memberikan kembali, dan pada masa yang sama terus menduga dan memenuhi keperluan penyewa, pelanggan dan pelabur.”

Penyelidik-penyelidik Well Living Lab akan menilai cara-cara untuk mengoptimumkan keberkesanan bagi pengurangan kepekatan bahan zarah udara, dekontaminasi permukaan, corak tingkah laku bagi penjarakan fizikal, membina protokol kemasukan seperti penyaringan terma, serta prestasi, ketahanan emosi, dan kepuasan pekerja. Saintis kesihatan, bangunan dan tingkah laku Delos akan menyediakan sokongan penasihat sepanjang kajian itu. Kerangka penemuan, terjemahan dan aplikasi Well Living Lab, yang disesuaikan daripada pendekatan penyelidikan Mayo Clinic, akan memindahkan penemuan ke lapangan untuk memberikan impak kepada kehidupan.

“Pelanggan kami sangat berminat di dalam strategi baharu tempat kerja yang selari dengan sains di barisan hadapan dalam memerangi COVID-19,” kata Despina Katsikakis, Ketua bagi Prestasi Perniagaan Tempat Kerja, Cushman & Wakefield. “Kami sangat berbesar hati untuk memperluaskan prototaip Pejabat 6 Kaki kami dengan ujian selanjutnya di dalam bidang seperti penurasan udara termaju dan teknologi kebersihan permukaan.”

Sejak tahun 2016, Well Living Lab telah mengumpulkan perikatan organisasi yang terkemuka untuk mengkaji penumpuan bagi sains bangunan dan sains kesihatan. Ini termasuk International WELL Building Institute (IWBI), sebuah perbadanan manfaat awam dan ahli pakatan Well Living Lab. IWBI telah menubuhkan sebuah pasukan petugas COVID-19 pada Mac 2020 untuk memajukan peranan bangunan di dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan. Lebih 450 orang pakar kesihatan awam, ahli virologi, pegawai kerajaan, akademik dan pemimpin perniagaan, serta arkitek, pereka, saintis bangunan dan profesional hartanah telah bekerjasama di atas prinsip pencegahan dan kesediaan, ketahanan dan pemulihan kerana ia berkaitan dengan mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan lebih sihat, baik dari segi ruang fizikal serta dasar dan protokol yang menyokong kesihatan pekerja secara keseluruhan. Anggota pasukan petugas itu termasuk Pakar Bedah Jeneral ke-17 Amerika Syarikat Richard Carmona; Ahli Majlis Penasihat Saintifik Well Living Lab dan profesor terkemuka di UCLA di Fielding School of Public Health dan Geffen School of Medicine Dr. Jonathan Fielding; penolong profesor bagi sains pendedahan dan penilaian dan Pengarah bagi program Bangunan Sihat di Harvard T.H. Chan School of Public Health Joseph Allen; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Robert Wood Johnson dan profesor unggul bagi kesihatan penduduk dan ekuiti kesihatan di Universiti Pennsylvania Dr. Risa Lavizzo-Mourey; Ketua bagi Prestasi Perniagaan Tempat Kerja, Cushman & Wakefield Despina Katsikakis; Pengurus Kelestarian Global Hines Adam Slakman; bekas Ketua Pengarah bagi Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Cina dan profesor unggul di Center for Healthy Cities, Institut bagi Pembandaran Lestari China, Universiti Tsinghua Wang Yu, M.D., PhD. Wawasan dan kesimpulan daripada pasukan petugas ini akan memaklumkan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh Well Living Lab, dan IWBI akan menilai penemuan bagi platform penyelidikan untuk terus memajukan WELL Building Standard.

“Well Living Lab berada pada kedudukan yang unik untuk menyatukan kepakaran dan teknologi bangunan dan sains kesihatan untuk menjana dan menyebarkan penemuan,” kata Dr. Veronique Roger, Pengarah Penyelidikan Well Living Lab dan ahli kardiologi Mayo Clinic. “Pengetahuan ini akan membantu mempersiapkan dunia bagi persekitaran pasca COVID-19 yang selamat di pejabat-pejabat dan persekitaran lain.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13351

No comments:

Post a Comment