Wednesday, April 1, 2020

KUMPULAN APTORUM BEKERJASAMA DENGAN COVAR PHARMACEUTICALS UNTUK MENYIASAT TERHADAP SEKURANG-KURANGNYA 3 CALON UBAT-UBATAN (SACT-COV19) YANG DIGUNA SEMULA UNTUK TUJUAN LAIN BAGI PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI BAWAH PLATFORM SMART-ACT™ SEDIA ADA DAN PLATFORM ACTICULE PENYAKIT BERJANGKIT

NEW YORK, 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu untuk keperluan yang tidak dipenuhi termasuk tetapi tidak terhad kepada bidang penyakit berjangkit, yang jarang ditemui dan metabolik, hari ini mengumumkan bahawa ia sedang memulakan satu penyelidikan tambahan dan projek pembangunan yang mensasarkan kumpulan koronavirus dan telah melengkapkan penyaringan awal di bawah platform Smart-ACT™, sebuah platform guna semula untuk tujuan lain dan penemuan ubat baharu, bagi memilih, daripada lebih 2,600 molekul ubat kecil yang diluluskan, sekurang-kurangnya 3 calon berpotensi untuk penyiasatan praklinikal lanjutan terhadap penyakit koronavirus baharu itu, COVID-19. Kumpulan Aptorum bekerjasama dengan Covar Pharmaceuticals yang berpangkalan di Toronto dan juga telah mengadakan perjanjian dengan Jabatan Mikrobiologi Universiti Hong Kong untuk menjalankan penyiasatan praklinikal lanjutan terhadap calon-calon yang dipilih sebelum mendapatkan kelulusan daripada agensi-agensi pengawalseliaan bagi memulakan ujian klinikal ke atas calon-calon yang sesuai.

Khususnya, Kumpulan Aptorum akan memberi tumpuan kepada penyiasatan bagi sekurang-kurangnya tiga ubat molekul kecil (secara kolektif “SACT-COV19”), yang telah menunjukkan potensi gangguan terhadap dua sasaran enzim iaitu 3CL-Protease dan RNA Polymerase yang bergantung kepada RNA (“RDRP”), dengan kedua-duanya memainkan peranan penting di dalam kitaran replikasi COVID-19. Secara khusus, 3CL-Protease dipercayai menjadi pengantara replikasi virus dan fungsi transkripsi melalui pemprosesan proteolitik yang meluas, manakala RDRP adalah sebuah enzim yang dipercayai menjadi pemangkin kepada replikasi virus RNA daripada templat RNAnya. Calon-calon yang dipilih ini akan menjalani penilaian praklinikal yang lebih lanjut berhubung keberkesanan terhadap COVID-19. Kumpulan Aptorum telah memfailkan permohonan paten ke atas calon-calon di atas.

No comments:

Post a Comment