Tuesday, April 14, 2020

Hytera Secara Aktif Mengambil Bahagian Di Dalam Berjuang Memerangi COVID-19, Membantu Untuk Mencegah Jangkitan Bersilang

SHENZHEN, China, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setakat 9 April, 2020, lebih daripada 1.5 juta orang telah didiagnosis dengan COVID-19 di seluruh dunia, demikian menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada detik yang kritikal ini, Hytera, sebagai sebuah penyedia terkemuka dunia bagi rangkaian komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian, telah mengambil tindakan segera untuk menyediakan produk yang pelbagai dalam sumbangan dan sokongan perkhidmatan kepada negara-negara dan wilayah yang menghadapi wabak COVID-19 yang serius. Di samping itu, syarikat itu juga dengan pantas telah menugaskan kilang pengeluaran pintar mereka untuk beralih kepada pengeluaran topeng muka. Sebanyak 1 juta topeng telah disumbangkan oleh Hytera kepada Filipina, Thailand, Myanmar, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara lain.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200409005427/en/

Satu daripada nilai-nilai teras bagi komunikasi tanpa wayar profesional dan persendirian adalah untuk menyediakan komunikasi kritikal dan arahan dan sokongan penghantaran kepada kerajaan dan agensi tindak balas pertama bagi membantu memastikan keselamatan orang awam semasa keadaan kritikal.

Di peringkat global, penyelesaian perniagaan Hytera telah digunakan di lebih daripada 120 buah negara dan wilayah, dan digunakan dalam komunikasi persendirian untuk keselamatan awam, pengangkutan, penyelamatan kecemasan dan perkhidmatan operator untuk melawan COVID-19. Pada masa ini, banyak hospital dan pihak berkuasa polis di Sepanyol, United Kingdom, Filipina, dan Korea sedang memerangi wabak itu dengan sokongan penyelesaian komunikasi Hytera. Di Abu Dhabi, satu perintah berkurung telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan semasa wabak itu. Polis menggunakan radio termaju pelbagai mod Hytera untuk membantu mengawal pergerakan orang ramai di kawasan awam.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13293

No comments:

Post a Comment