Friday, April 10, 2020

CROWN BIOSCIENCE MENGEMBANGKAN KOLEKSI PDX DENGAN PEMEROLEHAN MODEL UNIK DARIPADA PUSAT PERUBATAN AKADEMIK UTAMA

Perjanjian dengan CoMotion di University of Washington dan Dana-Farber Cancer Institute menambahkan model kanser prostat dan limfoma baharu kepada koleksi PDX terbesar dunia

SAN DIEGO, 9 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience hari ini mengumumkan pengembangan strategik koleksi PDX mereka melalui perjanjian baharu dengan CoMotion di University of Washington dan Dana-Farber Cancer Institute. Perjanjian ini akan memberikan model kanser prostat dan limfoma yang amat diperlukan, kepada komuniti pembangunan ubat onkologi masing-masing.

Model PDX merupakan model in vivo praklinikal paling boleh diterjemah yang tersedia buat masa ini dan merupakan model pilihan untuk penemuan dan pembangunan ubat onkologi praklinikal. Namun, sesetengah PDX mungkin sukar diterbitkan daripada penunjuk khusus, termasuk kanser prostat, manakala mutasi klinikal lain yang berkaitan kurang diwakili dalam koleksi PDX semasa.

Lesen CrownBio dengan CoMotion di University of Washington akan mengembangkan bilangan model PDX kanser prostat yang tersedia kepada pasaran secara ketara. Meluaskan koleksi PDX kanser prostat yang diwujudkan CrownBio, panel PDX LuCaP baharu ini akan menyediakan pelbagai model yang berkaitan secara klinikal termasuk kanser prostat tahan pengembirian yang sukar dirawat, PDX dengan ketahanan kepada agen sasaran seperti abiraterone dan enzalutamide, dan model dengan penyakit yang berkaitan profil ekspresi reseptor androgen termasuklah Arv7.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13281

No comments:

Post a Comment