Friday, April 17, 2020

KUMPULAN TRICOR MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN BAGI OPERASI MALAYSIA BAGI AXCELASIA INC., SEBUAH SYARIKAT TERSENARAI SGX

HONG KONG, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia dan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan profesional, telah melengkapkan perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi Malaysia bagi Axcelasia Inc. (“Urus Niaga” itu), sebuah syarikat perkhidmatan profesional bersepadu yang menyediakan penyelesaian Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan (GRC), perkhidmatan korporat, perniagaan dan cukai.

Axcelasia Inc., (“Axcelasia”) sebuah syarikat tersenarai SGX, mempunyai kakitangan terdiri daripada lebih 100 kalangan profesional dan lebih 1,000 portfolio pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. Syarikat itu diketuai oleh eksekutif industri berpengalaman, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit SinghPengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.

Bagi Tricor, Urus Niaga ini melambangkan pelancaran bagi perniagaan Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan serantau yang baharu yang memberi tumpuan kepada membantu pelanggan menguruskan tanggungjawab kawal selia dan pematuhan mereka yang semakin kompleks ketika beroperasi di negara-negara baru muncul dan matang di rantau Asia Pasifik. Pelaburan ini oleh Tricor adalah langkah pertama ke arah membangunkan satu suite bersepadu bagi penyelesaian GRC yang menyampaikan nilai yang dipertingkatkan dengan menyokong kepakaran penasihat mendalam dengan teknologi yang berpusatkan pelanggan. Selain itu, perkhidmatan korporat dan perkhidmatan sokongan perniagaan Axcelasia akan bergabung ke dalam Tricor Malaysia, untuk menjadikan Tricor satu daripada penyedia terbesar di Malaysia bagi perkhidmatan korporat kepada perbadanan antarabangsa dan perbadanan di Malaysia.

Encik Lennard YongKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tricor, berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan operasi Axcelasia ke dalam Kumpulan Tricor. Pada masa yang genting ini ketika syarikat-syarikat menghadapi cabaran perniagaan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang tercetus oleh pandemik COVID-19, perkhidmatan unggul Axcelasia terutamanya di dalam pengurusan risiko perusahaan adalah lebih kritikal  bagi pelanggan kami. Axcelasia adalah penyedia utama bagi GRC, audit dalaman dan perkhidmatan perundingan yang berkaitan yang akan meningkatkan platform Kumpulan Tricor ketika kami berusaha untuk membina sebuah asas perkhidmatan yang lebih luas bagi pelanggan kami untuk membantu mereka mengemudi kejutan permintaan dan penawaran yang disebabkan oleh pandemik tersebut. Walaupun menghadapi cabaran semasa di tengah-tengah perintah kawalan pergerakan di Malaysia, kami gembira kerana syarikat-syarikat kami dapat bekerja menghadapi cabaran semasa untuk menyampaikan keperluan penutupan itu. Pengambilalihan ini, menandakan yang ke-8 sejak Tricor diambil alih oleh Permira, menempatkan Tricor pada satu kedudukan yang lebih baik untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada perniagaan pada lanskap yang cepat berubah dan berkembang ini. Pendekatan Axcelasia yang dinamik dan berpusatkan pelanggan akan terutamanya sangat berharga kepada Tricor ketika kami terus memperdalamkan kehadiran kami dan memperluaskan portfolio kami bagi perkhidmatan korporat dan penyelesaian perniagaan kepada pelanggan yang berkembang merentasi Asia Pasifik.”

Encik Ranjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Axcelasia, berkata: “Sekarang lebih dari sebelumnya, perniagaan memerlukan perkhidmatan bersepadu dengan standard paling tinggi untuk membangunkan daya tahan dan berkembang maju terhadap  halangan COVID-19. Bekerjasama dengan Tricor membolehkan kami untuk membawa perkhidmatan kami – terutamanya penyelesaian GRC – kepada sebuah pangkalan pelanggan yang lebih besar dan juga menawarkan pelanggan kami di Malaysia dan ASEAN dengan akses kepada rangkaian perkhidmatan Tricor yang luas. Sinergi semula jadi bagi perkhidmatan dan kakitangan kami akan membantu menjadikan peralihan ini lancar – dan bersama-sama pasukan kami akan membantu lebih banyak syarikat mengemudi perjalanan pengembangan perniagaan mereka di Asia Pasifik dan seterusnya.”

Encik Yeap Kok Leong Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan bagi Tricor Malaysia & Labuan, berkata: “Sinergi yang dihasilkan dengan penambahan kepakaran Axcelasia kepada perniagaan Tricor di Malaysia akan memberi kami kuasa untuk menyampaikan penyelesaian korporat bersepadu yang mantap bagi pelanggan kami merentasi Perundingan, Tadbir Urus dan Percukaian. Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan Axcelasia.”

– Akhir –

Maklumat mengenai Kumpulan Tricor

Kumpulan Tricor (Tricor) adalah pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia, dengan pengetahuan global dan kepakaran tempatan di dalam perniagaan, korporat, pelabur, sumber manusia & senarai gaji, dan perkhidmatan amanah & hutang korporat. Tricor menyediakan asas untuk, dan menjadi pemangkin setiap peringkat bagi pertumbuhan perniagaan pelanggan, daripada penggabungan sehingga kepada IPO. Tricor telah berkembang pesat melalui pertumbuhan dan pengembangan organik serta perkongsian, penggabungan dan pengambilalihan. Kumpulan itu pada hari ini mempunyai lebih daripada 50,000 pelanggan di seluruh dunia (termasuk 20,000 pelanggan di Tanah Besar China), kekuatan kakitangan lebih dari 2,600 orang dan satu rangkaian pejabat di 47 bandar raya di 21 buah negara / wilayah. Portfolio pelanggan kami termasuk lebih daripada 1,500 syarikat yang tersenarai di Hong Kong SAR dan Tanah Besar China, ~500 syarikat yang tersenarai di Singapura dan Malaysia, dan lebih daripada 40% syarikat Fortune Global 500, serta sebahagian besar syarikat multinasional dan persendirian yang beroperasi merentasi pasaran antarabangsa. Pada Mac 2017, Permira Funds menjadi pemegang saham majoriti bagi Kumpulan Tricor, bersama-sama dengan pengurusan.
 
Layari: www.tricorglobal.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200416005767/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
HONG KONG SAR (PEJABAT KUMPULAN)
Sunshine Farzan
Tricor Services Limited
Ketua bagi Pemasaran & Komunikasi Kumpulan
Tel: +852 2980 1261
E-mel: Sunshine.Farzan@hk.tricorglobal.com

Sumber : Kumpulan Tricor

No comments:

Post a Comment