Tuesday, April 21, 2020

BIOTALYS MEWUJUDKAN LEMBAGA PENASIHAT SAINTIFIK

SAB akan menyediakan nasihat saintifik dan teknikal untuk mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan unik Biotalys


GHENT, Belgium, 21 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan biokawalan generasi baharu, hari ini mengumumkan pembentukan Lembaga Penasihat Saintifik (SAB) yang terdiri daripada pakar industri yang diiktiraf dan pemimpin pemikiran yang akan memberikan nasihat saintifik dan teknikal untuk mempercepat pembangunan penyelesaian biokawalan unik Biotalys.

SAB akan menyertai pasukan kepimpinan Biotalys untuk membuat keputusan penting sementara Syarikat terus memajukan pembangunan biofungisid baharu pertamanya, yang dijangka untuk memasuki pasaran A.S. pada tahun 2022. SAB juga akan menyediakan perspektif saintifik luaran untuk membangunkan dan mengesahkan platform penemuan unik Biotalys dan penunjuk berbilang yang bakal dilaksanakan bagi penyelesaian biokawalan baharu berasaskan protein untuk aplikasi dalam industri pertanian dan makanan.

Hilde Revets, CSO Biotalys, memberikan komen: “Pembentukan SAB ialah satu langkah penting untuk pertumbuhan masa depan syarikat kita dan merupakan pengesahan bagi penemuan sains dan platform teknologi canggih kita. Pakar SAB kami akan menyokong dan menilai pilihan strategik kami untuk membentuk masa depan bekalan makanan yang mampan dan selamat.” Luc Maertens, COO Biotalys, menambahkan lagi: “Kami amat teruja dan bertuah untuk menerima manfaat daripada sekumpulan pakar industri yang saling melengkapi dalam menyediakan dengan lebih lanjut pemerdagangan biofungisid utama kami dan mempercepat rangkaian biokawalan unik kami dengan mod tindakan baharu. Pemahaman dan pengalaman mereka yang mendalam dalam sektor ini, daripada teknologi sehinggalah pembangunan produk, serta hal ehwal kawal selia dan masukan pasaran adalah tidak ternilai untuk kejayaan masa hadapan Syarikat kita.”

Pelantikan dengan SAB Biotalys merangkumi:
  • Adrian Percy, PhD – Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik
    Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam industri pertanian, Adrian ialah penyokong keperluan pertanian dan manfaat pertanian moden. Beliau juga seorang penyokong kuat dalam pembangunan dan penggunaan teknologi pertanian dan makanan baharu yang menyokong keselamatan makanan global sambil memelihara alam sekitar. Adrian kini berkhidmat sebagai CTO untuk UPL Ltd dan sebelum ini menjadi ketua penyelidikan dan pembangunan untuk bahagian Sains Tanaman di Bayer sebagai sebahagian daripada jawatankuasa eksekutif mereka. Adrian menyertai Biotalys sebagai Ahli Lembaga bebas pada 2018. Adrian merupakan pakar toksikologi menerusi latihan dan menerima PhD dalam biokimia daripada University of Birmingham.
     
  • Jacqui Campbell, PhD, MBA
    Jacqui ialah eksekutif kanan yang mempunyai minat terhadap inovasi teknologi baharu dan mempunyai pengalaman lebih daripada 28 tahun dalam industri pertanian global. Semasa tempoh perkhidmatan beliau di Syngenta, beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan merentasi R&D, pengeluaran dan rantaian bekalan dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam teknologi penskalaan daripada idea dalam makmal kepada pengeluaran komersial dan produk di lapangan.  Kini, tanggungjawab beliau di Syngenta adalah untuk menilai teknologi baharu dan peluang perniagaan merentasi landskap teknologi Agtech dan merupakan ahli eksekutif Jawatankuasa Dana Usaha Sama Korporat Syngenta.
     
  • Daniel Joo, PhD
    Daniel kini ialah Naib Presiden Biologi di Oerth Bio. Beliau membawa kepakaran 20+ tahun dalam kedua-dua sains makmal basah dan makmal kering yang penting untuk inovasi dalam teknologi yang memuncul. Menggunakan kedua-dua pendekatan sebagai Pengarah Informatik, beliau telah memimpin usaha genom dan bioinformatik di AgraQuest, sebuah syarikat biopestisid, yang diambil alih oleh Bayer pada tahun 2012. Di Bayer, beliau pernah memegang pelbagai jawatan strategik dalam bahagian Sifat dan Biologi, menumpukan kepada pengenalpastian dan penambahbaikan sifat atau mikrob baharu untuk mengawal lalang, perosak dan penyakit. Sebelum menyertai Oerth, Daniel merupakan Ketua Penemuan Mikrobiom di BASF. Beliau juga mempunyai pengalaman 10 tahun bekerja untuk syarikat bioteknologi permulaan dalam ilmu terapi manusia. Daniel menerima kedua-dua ijazah B.A dalam Biologi dan B.A.S. dalam Sains Komputer di University of Pennsylvania. Beliau menerima Ph.D. dalam Biologi Molekul dan Sel daripada Universiti California di Berkeley dan menyambung fellowship pascakedoktoran di UCSF.
     
  • Franz-Josef Placke, Doktor rerum naturalium, Ahli farmasi
    Sejak Januari 2019, Franz Josef bekerja sendiri sebagai Penasihat Teknologi untuk Sains Hayat dan beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat untuk Rottendorf Pharma. Franz-Josef bersara daripada Bayer AG ketika memegang beberapa jawatan pengurusan dengan tanggungjawab global dalam R&D di samping pengeluaran selama lebih 15 tahun. Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan produk, keselamatan produk dan hal ehwal kawal selia di Bayer CropScience dan untuk bekalan produk dan kualiti produk di bahagian Kesihatan Haiwan dan Pharma di Bayer. Beliau mempunyai minat yang mendalam tentang pertanian mampan dan percaya dalam teknologi baharu untuk meningkatkan dan menjamin produktiviti pertanian dan pendapatan petani sambil mengurangkan kesan alam sekitar. Sama penting bagi beliau ialah penerimaan sosial terhadap teknologi dan kepercayaan dalam sains. Franz-Josef menerima PhD dalam sains semula jadi daripada University of Würzburg (Institut Farmasi). Beliau merupakan ahli farmasi menerusi latihan dan belajar di University of Marburg.

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi dan kekonsistenan bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan sebelum dan selepas penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €61 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

SUMBER : Biotalys

No comments:

Post a Comment