Thursday, April 16, 2020

FUSIONEX MEMPERLUASKAN KERJASAMA DENGAN GERGASI TENAGA ANTARABANGSA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PLATFORM AI DAN ANALISIS PELANGGAN

SINGAPURA, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah, Fusionex telah dianugerahkan dengan satu inisiatif untuk memacukan penglibatan pelanggan bagi sebuah konglomerat tenaga yang terkenal di peringkat antarabangsa melalui penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Analisis Pelanggan, dalam satu perjanjian berbilang tahun yang dilanjutkan.

Sebagai sebuah syarikat penapisan dan pemasaran minyak utama dengan mempunyai rekod yang mantap selama 30 tahun, klien itu mempunyai lebih daripada 20,000 orang pekerja dan lebih daripada 1,000 stesen minyak merentasi rantau itu dan menawarkan gasolin, diesel dan minyak tanah untuk menjanakan industri dan mendorong pertumbuhan ekonomi.

Keterlibatan yang meluas ini akan menyaksikan Fusionex melakukan lebih banyak pemodenan, memanfaatkan platform Fusionex yang dipacu oleh AI agar ia dapat menyampaikan produk dan kandungan perkhidmatan dengan lebih tepat, lebih khusus, bernilai dan disasarkan kepada pelanggan-pelanggan klien itu. Penambahan ini akan membolehkan klien itu untuk memperolehi satu pandangan dan pemahaman yang holistik mengenai trend dan tingkah laku pengguna mereka melalui corak penggunaan, profil demografi, dan tingkah laku pembelian mereka, di antara parameter lain.

Di samping itu, Fusionex akan memberikan klien itu dengan analisis pelanggan yang serba canggih untuk mereka memahami pelanggan mereka dengan lebih baik. Penyelesaian yang dipacukan oleh pemahaman ini akan membantu klien itu menguruskan rekod pelanggan dengan lebih baik dan membahagikan pelanggan mengikut produk dan perkhidmatan yang mereka gunakan dengan paling kerap. Dalam satu simulasi berhubung penglibatan dan pengurusan pelanggan klien itu, Fusionex disasar untuk membantu klien itu meningkatkan kecekapan penglibatan pelanggan sebanyak 17%.

“Kami bangga dan merasa terhormat untuk memperluaskan perhubungan kami dengan klien itu dan berharap dapat terus menyediakan kepada mereka dengan teknologi digital terkini agar mereka tidak hanya dapat terus untuk memenuhi, tetapi mengatasi permintaan yang semakin meningkat daripada pangkalan pengguna mereka yang sentiasa berkembang. Kami berharap dapat menyokong dan meningkatkan perniagaan runcit klien itu serta menangani dan menyelesaikan sebarang cabaran baharu yang mungkin timbul dalam tempoh yang mencabar ini dengan memanfaatkan penyelesaian kami yang canggih itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13303

No comments:

Post a Comment