Saturday, April 4, 2020

VDX.tv Melancarkan Inisiatif Video Digital Global PSA untuk Memaklumkan kepada Orang Ramai Mengenai COVID-19

EMERYVILLE, Calif., 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VDX.tv, sebuah syarikat teknologi pengiklanan global yang mengubah cara jenama berhubungan dengan khalayak yang berkaitan, hari ini melancarkan satu inisiatif video digital Hebahan Khidmat Awam (PSA) untuk membantu meningkatkan kesedaran berhubung COVID-19 dan membantu komuniti dunia menangani dengan lebih baik penyebaran virus itu. Kempen itu akan membolehkan perbadanan, jenama, penerbit, pemasar, dan selebriti untuk bekerjasama bagi membantu memerangi penyebaran ini.

Inisiatif itu mengakui bahawa virus ini telah dan akan terus memberi impak kepada komuniti di seluruh dunia. Iklan video VDX.tv akan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk menjangkau kepada orang ramai merentasi segenap rantau. Di samping itu, VDX.tv akan menggunakan keupayaan platformnya sepenuhnya untuk menyesuaikan mesej di setiap bandar raya dan menyediakan maklumat yang paling relevan.

“Sepanjang keadaan yang belum pernah terjadi sebelumnya, kami bertekad untuk bertindak dan membantu dengan melakukan apa yang kami dapat lakukan dengan terbaik: berhubungan dengan penonton menerusi pemesejan dan format video yang menarik,” kata Dilip DaSilva, Ketua Pegawai Eksekutif, VDX.tv. “Video adalah format terbaik bagi jenama untuk berkomunikasi dengan pengguna yang berkaitan, dan format yang paling berkesan untuk memaklumkan kepada orang ramai di seluruh dunia tentang bagaimana untuk memerangi dan menangani impak virus ini terhadap keluarga dan komuniti mereka.”

Format VDX.tv, yang bermaksud “Video Driven Experience atau Pengalaman yang Dipacu oleh Video,” bermula dengan video tetapi membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan iklan itu dan meneroka maklumat tambahan. Ini boleh disesuaikan berdasarkan kepada lokasi. Contohnya, iklan itu boleh menyediakan triaj atau pusat ujian terdekat. Ia juga boleh menyediakan pautan kepada sumber-sumber tempatan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Kami sedang mendapatkan perbadanan, jenama, agensi, penerbit, dan jurucakap lain untuk menyertai kami. Untuk menyebarkan mesej itu secara meluas, kami memerlukan sumbangan inventori atau dana bagi menyokong pembelian inventori berbayar, dan jurucakap di setiap negara untuk merakamkan video bagi membantu mengedarkan mesej itu,” kata DaSilva. “Saya sendiri telah membuat sumbangan $100,000 untuk memulakan kempen ini. Syarikat kami akan mendermakan kesemua sumber secara percuma. Kami mempunyai kira-kira 500 orang pekerja dan sebahagian besarnya akan membantu dengan inisiatif ini.”

Untuk mengetahui lebih lanjut dan membantu dengan inisiatif ini, sila layari covid-19.vdx.tv.



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13267

No comments:

Post a Comment