Sunday, April 5, 2020

PROGRAM CSR COVID-19

SEPANG, 2 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha untuk meningkatkan moral petugas barisan hadapan negara yang bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) COVID-19 ini merupakan kesinambungan program-program CSR yang telah diadakan sebelum ini selaras dengan komitmen LHDNM untuk melestarikan pembangunan komuniti, sekaligus dapat memberikan impak positif kepada pegawai-pegawai terlibat yang bertarung nyawa mengekang penularan wabak COVID-19 di pintu masuk utama negara itu. Program ini telah disempurnakan oleh Encik Hishamudin Bin Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM. Turut hadir ialah Pengarah Imigresen KLIA, Tuan Meor Ismail Meor Akim dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Khidmat Korporat LHDNM.

Antara barangan yang disumbangkan adalah topeng muka, hand sanitiser serta sarung tangan untuk kegunaan harian pegawai-pegawai JIM. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat digunakan sepenuhnya dan pada masa yang sama membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 02 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

No comments:

Post a Comment