Tuesday, April 14, 2020

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN FUSIONEX IVAN TEH DILANTIK KE LEMBAGA BAGI PENGAJIAN DI UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA



KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh telah dilantik sebagai ahli Lembaga bagi Pengajian untuk program Sarjana Muda dalam Kesihatan Digital di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). Dengan pelantikan itu, Teh akan menyalurkan pengetahuan pakar dan pengalaman beliau untuk memajukan lagi pertumbuhan dan perkembangan program itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200412005009/en/

“Saya amat berbesar hati untuk dilantik sebagai ahli Lembaga bagi Pengajian untuk program Sarjana Muda dalam Kesihatan Digital di IMU. Ruang digital bagi industri penjagaan kesihatan itu kini penuh dengan cabaran & potensi yang besar ketika pemahaman penting perlu ditemui melalui penggunaan teknologi secara berkesan, untuk meningkatkan penjagaan kesihatan secara keseluruhan serta bagi menyelamatkan tidak terkira banyaknya nyawa yang menghadapi risiko. IMU adalah sebuah institusi cemerlang dengan sebuah pasukan yang hebat dan penuh bersemangat. Saya komited dan tidak sabar untuk bekerja dengan IMU, untuk menyumbang dalam apa jua cara atau bentuk yang mungkin untuk membantu meningkatkan program itu,” kata Teh.

Program ijazah Sarjana Muda Kesihatan Digital itu mempersiapkan pelajar untuk industri teknologi penjagaan kesihatan, di mana mereka akan membentuk masa depan bagi penjagaan kesihatan melalui teknologi berinovatif. Melalui aplikasi Analisis Data Besar, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin pengetahuan yang akan diperolehi oleh pelajar-pelajar menerusi program ini, pelajar-pelajar ini akan dapat merekabentuk dan membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih baik seperti platform digital, bantuan keputusan klinikal dan sistem maklumat hospital, sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja.

Selain pelantikan ini, Fusionex dan IMU sudah menjalin kerjasama ke atas satu inisiatif yang menyaksikan penerapan Analisis Data Besar dan Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam program sains perubatan dan kesihatan IMU. Matlamat bagi inisiatif ini adalah untuk melengkapkan penyedia penjagaan kesihatan masa hadapan dengan set kemahiran, teknik, pemahaman dan pengetahuan yang tepat untuk memikul pelbagai peranan di dalam penjagaan kesihatan setelah tamat pengajian.

“Penjagaan kesihatan sedang berkembang pada satu kadar yang pesat, dan orang lebih menyedari betapa pentingnya industri itu, terutama ekoran daripada penularan pandemik Covid-19. Masa depan bagi penjagaan kesihatan telah terganggu dengan begitu banyak tanda tanya dan ketidakpastian. Kita perlu menyokong industri penjagaan kesihatan sebaik yang kita dapat, kerana cabaran yang dihadapi adalah  jauh lebih besar daripada apa yang boleh dipikul oleh satu pihak. Kaedah tradisional tidak lagi dapat menampung kepantasan dan percambahan yang dihadapi oleh industri itu. Dengan menggunakan teknologi serba canggih seperti AI, Pembelajaran Mesin, Data Besar dan Internet Benda, penyedia penjagaan kesihatan tidak lagi hanya dapat menawarkan penjagaan yang unggul, tetapi juga menyediakan langkah-langkah diagnosis dan rawatan yang lebih tepat berdasarkan kepada pemahaman, analisis trend dan pandangan jauh. Ini akhirnya membawa kepada satu perkara: menyelamatkan lebih banyak nyawa,” kata Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13289

No comments:

Post a Comment