Saturday, April 25, 2020

SLICE LABS & AXA XL MENAWARKAN PENGGUNA PERNIAGAAN KECIL LENOVO DENGAN INSURANS SIBER ATAS PERMINTAAN

Insurans siber atas permintaan akan ditawarkan sebagai satu pilihan melalui Lenovo Vantage

NEW YORK, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Slice Labs Inc., platform insurans atas permintaan yang pertama, hari ini mengumumkan bahawa insurans siber mereka yang berasaskan awan bagi perniagaan bersaiz kecil sehingga sederhana (PKS), yang disediakan oleh satu daripada syarikat insurans gabungan AXA XL, akan kini ditawarkan melalui suite Security Advisor di platform Lenovo Vantage.

Pelanggan PKS Lenovo akan dapat mengakses maklumat mengenai insurans siber yang merangkumi pelbagai serangan termasuk perisian tebusan atau ransomware dan menyumbangkan sumber-sumber lain bagi perniagaan untuk pulih daripada satu serangan siber. Tambahan pula, produk insurans siber Slice dan AXA XL memanfaatkan AI dan analisis untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai kemungkinan serangan melalui pendidikan pengurusan risiko siber.

“Menjalin satu perhubungan dengan sebuah pemimpin teknologi global menunjukkan bahawa PKS boleh mengakses insurans siber atas permintaan dalam satu cara yang lebih praktikal,” kata John Coletti, Ketua Pegawai Pengunderaitan, pasukan insurans siber AXA XL. “Perniagaan kecil mempunyai tanggungjawab ke atas diri mereka, pelanggan, dan rakan-rakan untuk meluangkan sedikit masa bagi menerapkan polisi insurans siber atas permintaan. Akibat daripada tidak melakukannya adalah jauh lebih memudaratkan dengan kehilangan satu tempoh waktu yang singkat untuk membeli produk ini berbanding dengan potensi untuk menutup sesuatu perniagaan setelah satu serangan.”

Melalui penyelesaian turut serta, atas permintaan ini yang disediakan oleh Slice dan AXA XL, Lenovo berupaya untuk menawarkan pelanggan PKS mereka dengan pilihan insurans yang lebih mudah diakses untuk membantu melindungi daripada landskap ancaman yang begitu pantas berubah.

“Dengan jenayah siber yang semakin meningkat di dalam persekitaran sekarang, besarnya usaha untuk melindungi perniagaan memerlukan satu pendekatan berbilang penjuru kepada pengurusan risiko siber yang merangkumi pendidikan, teknologi, dan insurans,” kata Tim Attia, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama, Slice Labs. “Ekosistem PKS Lenovo yang mantap akan kini mendapat manfaat daripada penambahan yang lancar untuk memperkukuhkan kesihatan siber. Kami memuji usaha mereka yang berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai insurans siber kepada PKS yang secara tradisi tidak menyedari tentang potensi penyelamat itu.”

Maklumat mengenai Slice Labs:

Slice Labs adalah enjin insurans di belakang ekosistem perkhidmatan digital atas permintaan, berasaskan awan untuk hari esok bagi ekonomi baharu. Melalui platform Perkhidmatan Insurans Awan (ICS) Slice Labs, Slice Labs membolehkan syarikat insurans, syarikat teknologi, dan pembekal perkhidmatan yang lain untuk membina produk insurans digital berasaskan penggunaan yang benar-benar pintar dan intuitif, yang melindungi pengguna insurans pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk mendapatkan maklumat terkini dengan Slice, sila layari  https://www.slice.is dan ikuti @SliceLabs di Twitter.

Maklumat mengenai AXA XL:

AXA XL Insurance menawarkan penyelesaian insurans hartanah, kecederaan, profesional, kewangan dan khusus kepada syarikat bersaiz sederhana sehingga kepada syarikat multinasional besar di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan mereka yang menggerakkan dunia ke hadapan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.axaxl.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13337

No comments:

Post a Comment