Thursday, April 30, 2020

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI JULAI 2020 INSTITUT KRAF NEGARA

RAWANG30 April (Bernama) -- Institut Kraf Negara (IKN), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia membuka permohonan pengambilan pelajar-palajar baharu sesi Julai 2020/2021.
 
IKN  merupakan  sebuah institusi latihan kemahiran awam dalam bidang kraf menawarkan pengajian dalam dua program iaitu Program Sijil dan Diploma.  Program Sijil dijalankan selama dua tahun dan Program Diploma dijalankan selama tiga tahun.  Jurusan kursus yang ditawarkan ialah:

Kursus yang ditawarkan:

Seni Kraf Batik
Seni Kraf Tenunan
Seni Kraf Kayu
Seni Kraf Logam
Seni Kraf Seramik
Seni Kraf Rotan
 
Kursus seni kraf yang ditawarkan di IKN diikitiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).  Sejak penubuhannya pada tahun 2001 hingga 2019, IKN telah melahirkan seramai 2,574 graduan terlatih dan berkemahiran tinggi, seiring dengan matlamat untuk menyediakan tenaga kerja mahir yang kompetitif bagi memenuhi keperluan industri kraf.  Daripada jumlah tersebut, seramai 1,409 orang atau 54.7 peratus merupakan graduan peringkat diploma manakala 1,165 orang atau 45.3 peratus graduan peringkat sijil.
 
Tahun 2019 IKN turut memperkenalkan  Program Pengajian Latihan Kemahiran (SKM) menggunapakai modul National Occupational Skills Standard (NOSS) Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.  Sebanyak enam jurusan tahap tiga ditawarkan iaitu dalam bidang seni kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan.
 
IKN juga turut mengamalkan pengajian normal baharu berikutan pandemik COVID 19 melalui pengajian dan pembelajaran jarak jauh, e-nota dan syarahan dalam talian.  Pengajaran kaedah ini memberi pengalaman baharu kepada bakal-bakal pelajar yang bakal mengikuti sesi pengaijian di IKN. 
 
Belia dan beliawanis lepasan SPM ditawar mengikuti pengajian ini dengan memohon melalui talian www.ikn.gov.my
 
Syarat program Diploma Seni Kraf lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum dua kredit ATAU Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 atau setara DAN lulus temuduga dan ujian lukisan.
 
Syarat program Sijil Seni Kraf lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum satu kredit ATAU Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dalam bidang berkaitan DAN lulus temuduga dan ujian lukisan.

Sila klik di sini untuk:
i) 
Borang Permohonan Kemasukan ke Institut Kraf Negara
ii) Poster

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia)

No comments:

Post a Comment