Tuesday, March 6, 2018

YPO MELANTIK PASCAL GERKEN SEBAGAI PENGERUSI UNTUK TAHUN 2018-2019

DALLAS, 6 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung dunia mengumumkan pemilihan Pascal Gerken ke pejabat pelantikan tertinggi YPO iaitu pengerusi Lembaga Pengarah YPO untuk tahun 2018-2019. Gerken, ahli ke-67 yang memegang jawatan ini akan menggantikan Pengerusi YPO semasa iaitu J. Randall Waterfield dan mula berkhidmat pada 1 Julai 2018.

Ahli YPO Brussels dan YPO Yangon Chapters, Gerken ialah CEO Gerken Group, syarikat peneraju dalam teknologi karbon dan grafit. Syarikat dengan 275 orang pekerja itu diasaskan oleh datuknya pada tahun 1936 dan kini merupakan sebahagian daripada Wabtec Corporation sejak tahun 2016.

Beliau juga merupakan Pengasas Bersama GRAGER SA, kumpulan hartanah dengan aset di Berlin, Jerman dan Brussels, Belgium, serta Pengasas Coral Green Myanmar, syarikat hospitaliti yang berdedikasi terhadap membangunkan tempat peranginan lestari dalam pasaran memuncul.

“Pascal ialah warga dunia yang menjadi contoh bagi cita-cita YPO,” kata Waterfield. Beliau memimpin daripada hati dan akan menjadi duta yang penuh semangat untuk lebih daripada 25 ribu orang ahli kami.

Gerken menuntut di Institut Supérieur Européen du Tourisme in Louvain-la-Neuve, Belgium. Beliau kemudian menyertai akademi pegawai tentera pasukan berkuda di Bourg-Leopold di wilayah Belgium di Limburg dan menghabiskan dua tahun sebagai Leftenan dalam 1st Regiment of Lanciers sebelum dipanggil semula untuk menguruskan perniagaan keluarga.

“Selama 12 tahun, YPO telah menjadi bahagian penting dalam perjalanan kepimpinan saya,” kata Gerken. “Saya berbesar hati kerana dipilih memegang jawatan berprestij ini dan sedia membantu menyokong YPO dan misinya untuk mencipta Pemimpin yang Lebih Baik menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Perkongsian Idea.”

Pengerusi YPO dipilih oleh ahli sejawat dalam lembaga. Gerken meneruskan legasi pengasas dan presiden pertama bagi YPO, Ray Hickok, yang menetapkan standard kepimpinan untuk rakan sejawat. Hari ini, lebih daripada 30 bekas pengerusi terlibat secara aktif dalam organisasi tersebut.

Gerken dilantik sebagai pengarah Lembaga YPO dan kini menyandang jawatan pengerusi Majlis Keahlian YPO dan juga ahli Jawatankuasa Chapter dan Rantau serta Jawatankuasa Strategi. Beliau menyertai YPO pada tahun 2006 dan telah memainkan pelbagai peranan dalam organisasi, termasuk pengerusi rantau Eropah, pengerusi Rangkaian Menjalankan Perniagaan Secara Global dan pengerusi chapter YPO Brussels.

Tambahan lagi, Gerken telah memimpin dan menyokong dengan aktif perkembangan YPO di seluruh dunia, mengasaskan YPO Myanmar, YPO Alcatraz dan YPO Euro Star Chapters.

PERIHAL YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada kesan perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25 ribu ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat yang dikendalikan oleh ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan meklumat lanjut, lawati YPO.org.

Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Office: +1 972 629 7305 (United States)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298 
press@ypo.org 

SUMBER : Young Presidents’ Organization, Inc.

No comments:

Post a Comment