Wednesday, March 7, 2018

PLDT MEMILIH QWILT UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI DAN MENINGKATKAN SKALA UNTUK PENGHANTARAN VIDEO PENSTRIMAN DI SELURUH FILIPINA

Peneraju Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi dan Internet di Filipina Melaksanakan Penyelesaian Pengagregatan Terbuka untuk Mengoptimumkan Rangkaian bagi Permintaan Penghantaran Media yang Meningkat


REDWOOD CITY, Calif., 7 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Qwilt, penyedia peneraju bagi penghantaran kandungan dan penyelesaian pengagregatan video terbuka mengumumkan pada hari ini bahawa PLDT, peneraju penyedia perkhidmatan telekom dan digital Filipina dengan lebih daripada 62 juta pelanggan merentasi kedua-dua rangkaian jalur lebar tetap dan mudah alih, akan menggunakan penyelesaian pengagregatan terbuka Qwilt yang telah memenangi anugerah untuk mengoptimumkan penghantaran kandungan dan meningkatkan Kualiti Pengalaman (QoE) dengan lebih baik untuk pelanggannya.

“PLDT terus menawarkan perkhidmatan inovatif yang menjimatkan kos tetapi masih memberikan pengalaman berkualiti tinggi yang dijangkakan dan sewajarnya dinikmati oleh pelanggan kami,” kata Timbalan Presiden Kanan PLDT dan Ketua Perniagaan Pengguna untuk Pembangunan Pasaran, Oscar Enrico Reyes, Jr. “Dengan mengerahkan pengagregatan terbuka Qwilt, kami memperkukuh rangkaian kami untuk permintaan akan datang bagi perkhidmatan penstriman langsung dan atas permintaan.”

Permintaan untuk media penstriman yang meningkat tidak mengejutkan kerana Filipina ditarafkan nombor satu di dunia untuk masa dihabiskan di media sosial menurut laporan Digital in 20171. Tambahan lagi, pertambahan pesat bilangan pengguna Internet yang meningkat sebanyak 27% antara Januari 2016 dan Januari 2017 bermaksud penembusan Internet di Filipina telah mencecah 60% daripada populasi, jauh lebih tinggi daripada purata penembusan seluruh dunia iaitu sebanyak 50%2. Trend ini bermaksud rangkaian jalur lebar mudah alih dan tetap dibanjiri oleh video penstriman langsung dan atas permintaan sepanjang hari. Semakin banyak penyedia perkhidmatan yang kini mengerahkan seni bina rangkaian terbuka baharu untuk penghantaran kandungan yang penting untuk memenuhi keperluan skala dan kualiti.

“Di Filipina, penggunaan video penstriman kini pada kadar yang paling tinggi dan terus meningkat dengan pesat. Seperti yang telah kita lihat di tempat lain, dengan peningkatan permintaan bagi video dalam talian, terdapat keperluan yang mendesak untuk seni bina rangkaian baharu membantu penyedia perkhidmatan menguruskan perkembangan pesat ini,” kata Alon Maor, CEO dan pengasas bersama Qwilt. “Kami berbesar hati untuk mengerahkan penyelesaian Qwilt untuk PLDT di Filipina. Kami juga teruja untuk bekerjasama dengan PLDT untuk terus menyediakan infrastruktur penghantaran kandungan yang lebih tinggi kualitinya merentasi rangkaian mereka.”

Penyelesaian pengagregatan terbuka Qwilt dihasilkan khusus untuk penghantaran video berprestasi tinggi dan boleh skala dalam persekitaran rangkaian penyedia perkhidmatan berkapasiti tinggi yang mendesak. Penyelesaian Qwilt dihantar sebagai perkhidmatan terurus sepenuhnya untuk mempercepat pengerahan dan menyelaraskan operasi yang sedang berjalan. Organisasi pengendali lebih luas -- termasuk perancangan rangkaian, kejuruteraan dan pasukan operasi -- mendapat manfaat daripada analisis media komprehensif yang memberikan pemahaman tentang trend perkembangan, sumber kandungan dan keutamaan pengguna. Dengan bergantung pada pengagregatan terbuka untuk penghantaran video dalam talian di pinggir rangkaian, penyedia perkhidmatan boleh mengurangkan modal rangkaian dan kos operasi dengan banyak semasa mereka menskala -- pengerahan pengagregatan terbuka biasa menghasilkan pulangan pelaburan (ROI) dalam masa kurang 12 bulan.

Untuk berhubung dengan Qwilt tentang pengerahannya di Asia Tenggara, lawati http://qwilt.com/contact/ dan ajukan persoalan kepada Nick Lincoln, VP Jualan di Asia Tenggara.

1 http://technology.inquirer.net/58090/ph-worlds-no-1-terms-time-spent-social-media
2 http://www.entrepreneur.com.ph/news-and-events/ph-now-has-60-million-internet-users-growing-27-in-2016-a36-20170124

Perihal PLDT

Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) ialah peneraju penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Filipina. Menerusi tiga kumpulan perniagaan utamanya—talian tetap, wayarles dan teknologi maklumat dan komunikasi — PLDT menawarkan perkhidmatan telekomunikasi terbesar dan paling luas kepelbagaiannya merentasi rangkaian tulang belakang optik gentian dan talian tetap, selular dan satelit Filipina yang paling meluas.

PLDT disenaraikan di Bursa Saham Filipina (PSE:TEL) dan Saham Pemegang Simpanan Amerika PLDT disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE:PHI). PLDT adalah salah satu syarikat Filipina yang tersenarai yang mempunyai pemodalan pasaran terbesar. 

Perihal Qwilt 


Penyelesaian perisian Platform Awan Pinggir dan Pengagregatan Terbuka Quilt yang unik membantu penyedia perkhidmatan internet menghadapi perkembangan pesat media penstriman di rangkaian mereka dan keperluan terhadap infrastruktur berskala tinggi dengan kependaman rendah untuk menyokong aplikasi masa hadapan. Platform terbuka terurus awan Qwilt yang dijalankan pada komputer komoditi dan infrastuktur storan dan dikerahkan hampir dengan pengguna mencipta Awan Pinggir yang teragih dengan luas yang menyokong aplikasi seperti Pengagregatan Terbuka, Penstriman Langsung 4K, AR, VR, Kereta Pandu Sendiri dan Internet Benda. Seni bina Awan Pinggir kependaman rendah ini mendayakan pengalaman penstriman berkualiti tinggi untuk pengguna pada skala besar. Semakin banyak penyedia perkhidmatan kabel, syarikat telekomunikasi dan mudah alih bergantung kepada Qwilt untuk aplikasi Awan Pinggir.

Qwilt merupakan Ahli Pengasas bagi Streaming Video Alliance dan pemimpin pergerakan industri Pengagregatan Terbuka. Diasaskan pada tahun 2010 oleh veteran industri daripada Cisco dan Juniper, Qwilt disokong oleh Accel Partners, Bessemer Venture Partners, Cisco Ventures, Disrupt-ive, Innovation Endeavors, Marker dan Redpoint Ventures. Ketahui lebih lanjut di www.qwilt.com.

Berhubung dengan Qwilt
Baca blog: http://www.qwilt.com/blog/
Berbual di Twitter: https://twitter.com/qwilt
Ikuti di LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/qwilt
Lawati di Facebook: https://www.facebook.com/Qwilt.Inc

Qwilt dan QB-Series ialah tanda dagangan Qwilt. Hak cipta terpelihara. Semua tanda dagangan atau nama dagangan yang dirujuk di sini adalah hak milik pemiliknya masing-masing.

Hubungan Akhbar
Hubungan Media Qwilt
media@qwilt.com
+1 650 249 6521


SUMBER : Qwilt

No comments:

Post a Comment