Monday, March 19, 2018

BOLEH DIPEROLEHI SEKARANG: TELEFON PINTAR YANG DIPERBUAT UNTUK CARA KITA BERKOMUNIKASI PADA HARI INI, GALAXY S9 DAN S9+

RIDGEFIELD PARK, N.J., 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Samsung Electronics America, Inc. mengumumkan bahawa Galaxy S9 dan Galaxy S9+, yang baharu yang telah memenangi anugerah, dan diiktiraf oleh pengulas telefon pintar di seluruh dunia kerana paparan, reka bentuk dan kamera yang terbaik dalam kelasnya, kini boleh diperolehi untuk pembelian di pembekal rangkaian tanpa wayar dan kedai-kedai runcit di Amerika Syarikat. Telefon itu didatangkan dalam tiga warna: Midnight Black, Coral Blue, dan Lilac Purple yang baharu. Galaxy S9 mempunyai harga runcit yang dicadangkan sebanyak $719.99, manakala Galaxy S9+ boleh diperolehi dengan harga $839.99. Kedua-dua versi tidak berkunci dan pembawa bagi Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga boleh dibeli di Samsung.com.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20180316005175/en/
 
"Galaxy S9 dan S9+ direka untuk generasi visual dan sosial — pengguna yang berhubungan, berkomunikasi, dan berkongsi cerita mereka menerusi gambar dan video," kata Tim Baxter, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Samsung Electronics Amerika Utara. "Samsung memanfaatkan inovasi sejarah mereka yang panjang untuk menggambarkan semula kamera telefon pintar itu supaya pengguna bukan sahaja dapat mengambil gambar yang terbaik dalam sebarang keadaan cahaya dan persekitaran, tetapi juga menyatakan diri mereka dengan cara mereka yang tersendiri."
 
Menggambarkan Semula Kamera

Dibina untuk cara kita semakin berkomunikasi dan menzahirkan diri dengan imej, video dan emoji, Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ciri-ciri kamera telefon pintar Samsung yang paling canggih, dan datang dengan Dwi Apertur1 (F1.5 – F2.4) yang berfungsi sama seperti mata manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pencahayaan yang berbeza. Di samping itu, Galaxy S9 dan S9+ merakamkan sehingga 12 versi bagi gambar yang sama untuk menghasilkan sebuah imej yang optimum dengan kontras yang tinggi, dan bunyi dan permukaan kasar yang berkurangan. Malah, DxOMark menganugerahkan Galaxy S9+ dengan markah yang paling tinggi untuk sebuah kamera mudah alih.
 
Di samping itu, Gerakan Teramat Perlahan Galaxy S9 dan S9+ merakamkan gambar pada 960 bingkai sesaat — oleh itu sebuah video yang berdurasi selama 0.2 saat boleh diperlahankan hingga enam saat — sekali gus menjadikan detik-detik pada setiap hari, epik. Dan dengan Pengesanan Pergerakan automatik, ia adalah mudah untuk merakamkan walaupun detik-detik yang terpantas, kerana Gerakan Teramat Perlahan akan mula merekodkan pergerakan segera sebaik sahaja ada pergerakan di dalam bingkai tersebut. Dengan AR Emoji, pengguna boleh menjadikan sebuah swafoto 2D menjadi sebuah avatar 3D yang dinamik dan memilih daripada karakter berwarna-warni yang di pramuat atau membuatnya agar kelihatan seolah-olah seperti mereka. AR Emoji juga berubah secara automatik menjadi 18 animasi GIF, yang boleh dihantar dan dikongsi melalui sebarang aplikasi yang menyokong format itu.
 
Dengan kamera Galaxy S9 dan S9+, pengguna mempunyai satu cara baharu untuk melibatkan diri dengan dunia di sekeliling mereka melalui platform kecerdasan Samsung, Bixby2. Dibina dengan teknologi pembelajaran yang mendalam, Bixby menambahkan pelbagai fungsi pintar kepada kamera, termasuk terjemahan segera teks dari satu bahasa kepada bahasa yang lain, keupayaan untuk mengenali makanan dan melapisi kiraan anggaran kalori, dan maklumat mengenai mercu tanda dan tempat yang berdekatan. Dengan Bixby, pengguna juga boleh mengenal pasti produk yang mereka cari, dan membelinya dengan kadar serta-merta dari sebuah senarai peruncit yang semakin meningkat.
 
Hiburan Imersif
 
Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ciri-ciri pengalaman hiburan yang dipertingkatkan dengan pembesar suara stereo yang kuat yang ditala oleh AKG dan Paparan Infiniti Super AMOLED yang paling terang pada sebuah peranti Galaxy. Dengan bunyi yang premium dan skrin yang menakjubkan, ia adalah lebih mudah berbanding sebelum ini bagi pengguna untuk melibatkan diri dalam kandungan kegemaran mereka.
 
Ekosistem yang Berhubung
 
Kedua-dua Galaxy S9 dan Galaxy S9+ menyokong aplikasi SmartThings yang baharu. Aplikasi itu menyediakan sebuah destinasi tunggal yang disatukan untuk pengguna bagi memantau dan mengawal peranti Samsung dan bukan Samsung mereka yang berhubung dengan serasi — agar menguruskan sebuah gaya hidup yang berhubung adalah semudah membalikkan sebuah suis.
 
Asas Galaxy 
 
Dengan Galaxy S9 dan S9+, ciri-ciri kegemaran pengguna yang penting datang secara standard — seperti rintangan air dan habuk IP68, memori yang boleh dikembangkan, pengecasan cepat dan tanpa wayar dan sebuah jek3 fon kepala. Di samping itu, Galaxy S9 dan S9+ menyokong kelajuan rangkaian terpantas, termasuk gigabit LTE sehingga 1.2Gbp, untuk memberikan pengguna dengan kualiti panggilan dan kelajuan data yang terbaik yang tersedia di rangkaian mereka pada hari ini.
 
Penjagaan Premium Samsung 
 
Dengan membeli sebuah Galaxy S9 atau Galaxy S9+ yang baharu di Samsung.com, pemilik layak untuk satu bulan percuma Penjagaan Premium Samsung — satu-satunya program sokongan yang datang kepada anda di rumah, pejabat atau kedai kopi kegemaran anda. Perkhidmatan itu juga termasuk perlindungan kerosakan, jaminan lanjutan dan perkhidmatan pemulihan pantas atau sebuah peranti gantian.
 
Di samping itu, Samsung baru-baru ini mengumumkan satu perluasan bagi sokongan peribadi untuk peranti mudah alih dengan penambahan lebih 300 lokasi perkhidmatan uBreakiFix Penjagaan Samsung yang sah di seluruh negara. Menjelang awal tahun 2019, Samsung dan uBreakiFix merancang untuk menambah hampir 200 lagi lokasi perkhidmatan Penjagaan Samsung yang sah di Amerika Syarikat.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S9 dan Galaxy S9+, sila layari news.samsung.com/us/galaxy-s9/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10950

No comments:

Post a Comment